Tak rela berkongsi kasih, si cilik paut kaki pakcik! Nak langkah naik pelamin pun susah… “Dia pandang tunang saya atas bawah”

Boleh dikatakan kebanyakan si kecil pasti akan rapat dengan ibu saudara atau bapa saudara yang masih bujang dan dianggap sebagai tempat bermanja.

Begitu juga dengan si kecil ini yang begitu rapat dengan bapa saudaranya, sehingga tidak sanggup ‘melepaskan’ pakcik kesayangannya itu ke tangan wanita lain.

Video memaparkan si cilik itu memaut kaki bapa saudaranya yang sedang melangkah menuju ke pelamin, benar-benar membuatkan netizen geli hati.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ruzaime Rusmay berkata insiden lucu itu dirakam sewaktu majlis pertunangannya pada 22 Oktober lalu.

“Ketika kedua-dua buah keluarga sedang berbincang, saya tak masuk dalam rumah… duduk di luar. Anak saudara saya, Haura, pun ada bersama saya di luar.

“Selepas dah selesai, saya nak masuk ke dalam rumah untuk sesi bergambar dan dia pun ikut. Dia tanya ‘angah nak pergi mana?’. Saya beritahu nak bergambar.

“Itu yang dia nak ikut. Tapi lepas dia berpaut pada kaki saya tu, dia terus duduk tepi seseorang, kemudian baru nenek dia panggil untuk duduk dengannya.

anak buah 3

Gambar keluarga Ruzaime sewaktu majlis pertunangannya pada 22 Oktober lalu.

“Yang rakam video itu adalah rakan kepada tunang saya. Mujur dia tak mer4ung, kalau tidak ada pula drama lain. Masa tu semua orang gelak.

“Sebenarnya ada satu lagi video di mana Haura siap pandang tunang saya atas bawah… macam usha panas je. Tapi saya tak upload. Sebabnya itulah kali pertama dia bertemu bakal isteri saya, sebab itu dia terkejut sikit,” cerita Ruzaime mengenai anak saudaranya yang berusia empat tahun itu.

Menurut jejaka berusia 27 tahun ini, dia sememangnya rapat dengan anak saudaranya itu memandangkan sering menghabiskan masa dengan keluarga kakaknya.

anak buah 2

Ruzaime sememangnya rapat dengan Haura (kiri) dan seorang lagi anak saudaranya.

“Saya memang suka budak-budak. Haura anak sulung kepada kakak sulung saya. Lagi pula saya rapat dengan kakak kerana kami berdua saja tinggal di Ipoh, ibu bapa pula di Johor.

“Sejak Haura kecil, muka saya la yang selalu dia tengok. Begitu juga waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Sebab itulah boleh dikatakan saya ini bapa saudaranya yang paling rapat,” ujarnya yang bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Ipoh, Perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Ruzaime turut mempunyai seorang lagi anak saudara yang berusia setahun, iaitu adik kepada Haura.

Tambah jejaka ini, bakal isterinya juga mengetahui keakraban hubungannya bersama Haura.

“Ada ahli keluarga lain dah beritahu dan usik Haura yang saya akan berkahwin… nanti angah tak boleh ada selalu dengan Haura. Tak pasti dia faham atau tidak.

anak buah 4

Ruzaime mengakui dirinya sangat menyukai kanak-kanak.

“Tapi mudah-mudahan waktu majlis perkahwinan nanti dia tak buat drama lagi,” ujarnya berseloroh.

Sehingga kini video lucu ketika di majlis pertunangannya itu meraih sehingga 345,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*