Pakai Tudung Tutup Dada, Jacket & Seluar Longgar , Penampilan Terkini Pelakon Erynne Erynna Bikin Netizen Sejuk Hati

Penampilan terkini pelakon, Erynne Erynna nyata menarik perhatian warganet.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Erynne dilihat anggun mengenakan hijab sambil menutup bahagian dadanya.

Bukan setakat itu, pelakon yang popular menerusi filem 8 Jam ini turut dilihat memakai jaket dan seluar bersaiz longgar.

Jelas Erynne, dia sebenarnya hanya ingin sekadar mencuba dan percaya perubahan itu bermula secara berperingkat

“Just trying out for now. Slowly but surely. InsyaAllah,” tulisnya ringkas.

Malah, Erynne turut sempat menunjukkan keseluruhan gayanya itu buat tatapan para pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji imej sopan tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Erynne untuk berubah ke arah yang lebih baik akan sentiasa dipermudahkan.

Untuk record, Erynne dan suaminya, Afify Sazali telah mendirikan rumah tangga pada 17 April 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya perempuan yang lahir pada tanggal 9 Ogos 2020.

Sekadar informasi, antara drama-drama yang pernah dibintangi Erynne termasuklah The G4dis, Bisikan Sy4itan dan Jubah Dari Mekah.

Komen netizen:

Sumber & Kredit Foto: Instagram Erynne Eryanna

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*