Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.
Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.
Sama seperti pelakon Eyra Hazali, dimana semalam dia dan suami tercinta iaitu Haziq Nadzli menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke tiga tahun.
Menerusi laman sosial instagram, Eyra Hazali menulis nukilan indah buat suami tercinta iaitu Haziq Nadzli sambil memuat naik foto mereka sekeluarga untuk tatapan umum.
“5 years together,I couldnt ask for more,hands down you’re the best baby. More to come. Alhamdulillah,” tulis Eyra di ruangan kapsyen.
Mereka difahamkan mengadakan sambutan ‘anniversary’ di sebuah restoran, sambil ditemani oleh kedua-dua putera mereka iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 60.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.
Sekadar info, Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada penjaga gawang gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Haziq Nadzli.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Khalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : instagram eyra.hazali
Leave a Reply