Ingatkan reben! Pelanggan senyum tengok daun pisang ‘halus’ dalam nasi lemak, ramai juga tak kisah… “Jadi la buat rasa-rasa, cukup syarat”

NASI lemak menjadi antara makanan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sesuai dimakan tanpa mengira waktu, ia turut menjadi pilihan pelancong asing.

Kebiasaannya makanan lazat ini lengkap dengan nasi yang dimasak dengan santan, disertakan bersama telur, kacang, ikan bilis, timun dan sambalnya.

Nasi lemak daun pisang pula pasti membangkit selera dengan aromanya.

Dalam pasaran hari ini, para peniaga menjual nasi lemak daun pisang dengan kreativiti mereka tersendiri.

Menerusi satu muat naik di TikTok, seorang pemuda berkongsi pengalamannya membeli nasi lemak bungkus daun pisang.

nasi lemak daun pisang 4

Nasi lemak bungkus berharga RM1.50.

Sebaik dibuka secara perlahan, hidangan tersebut dilengkapi dengan nasi, telur, sambal dan timun seperti kebiasaan.

Namun apa yang mengejutkan adalah daun pisang yang digunakan peniaga begitu halus berbanding bersaiz penuh atau separuh daripada bungkusan.

Jalur halus daun pisang yang digunakan itu tidak ubah seperti saiz seutas reben!

“Mampu tersenyum je,” tulis pemuda berkenaan, Iezam secara ringkas di akaun TikTok miliknya.

nasi lemak daun pisang 3

Bungkusan nasi lemak yang dibuka.

Menerusi ruangan komen, dia bagaimanapun tidak menyalahkan sesiapa kerana memahami situasi semasa yang menyaksikan kenaikan harga barang.

“Tak salahkan sesiapa. Kita faham situasi sekarang, semua barang mahal.

“Harga mampu milik lagi, RM1.50,” kata Iezam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Sementara itu, video yang dikongsi Iezam mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu.

Malah, ada yang berpandangan bahawa daun pisang bersaiz kecil itu sekadar ‘cukup syarat’ dalam hidangan nasi lemak.

nasi lemak daun pisang 1

Antara komen netizen.

“Jadi la buat rasa-rasa. Buat cukup syarat je tu.

“Ok la tu, bukan nak makan daun pisang tu.

“Daun pisang mahal dik, kalau beli pun di luar cantik kat dalam ada yang buruk daun tak elok.

“Alahai comelnya daun pisang pun. Husnuzon, daun pisang habis.

“Sebenarnya cara buka tu salah, tarik daun pisang tu. Nanti terbuka bungkusannya, itulah guna daun pisang tu,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*