“Kalau acik 2 jam baru siap” – Macam pro, atas motor je! Ramai hijabista makan hati tengok si comel buat tutorial tudung

Berjam-jam ambil masa pakai tudung, tapi tetap tak menjadi?

Begitulah dilema kebanyakan wanita berhijab ketika bersiap, yang akhirnya terpaksa menyarung apa saja tudung yang mudah.

Bagaimanapun, aksi seorang kanak-kanak perempuan di laman sosial yang melakukan tutorial hijab meraih perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi kira-kira 30 saat, si cilik yang dikatakan baru berusia tiga tahun pantas memakai tudung dengan duduk di atas bangku sebuah motosikal.

Hanya menggunakan cermin pandang tepi atau side mirror, kanak-kanak comel ini pantas melilit tudung sendiri dengan begitu kemas.

Aksinya begitu bersahaja menggayakan tudung lilit seperti seorang dewasa yang profesional!

adik tutorial hijab 4

Melilit tudung di hadapan side mirror.

Menerusi ruangan komen, netizen memuji kemahiran si kecil ini kerana mampu memakai tudung dengan kemas.

“Guna side mirror je guys.

“Fuh hebat dik pakai lilit tanpa kerongsang kemas, terus segak sungguh.

“Pandainya lilit tudung… comel je,” demikian antara komen netizen.

adik tutorial hijab 3

Aksi kanak-kanak ini menggayakan tudung seperti profesional.

Malah, bakatnya turut dicembvrui orang dewasa, dengan segelintir wanita berasa tercab4r dengan ketangkasannnya memakai tudung dalam waktu singkat.

“Anak siapa ni? Acik nak pinjam buatkan kat tudung tu kat kepala acik.

“Dia lebih pandai daripada saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“MasyaAllah cantiknya. Kejap je siap, kalau acik buat dua jam baru siap buat tudung.

“Wah dik power la. Akak tarik-tarik tak jadi, tarik-tarik tak jadi. Last-last pakai (tudung) bawal.

“Menangis akak-akak hijabista tengok kau lilit shawl ni dik,” tambah netizen.

adik tutorial hijab 1

Antara komen netizen.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak itu ketika dihubungi mStar memberitahu, anak saudaranya, Zulfa Khoirunisa berusia tiga tahun.

Lebih dikenali sebagai Oning Rohani, katanya, anak saudaranya berasal dari Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia.

“Namanya Zulfa dari Tangerang Ciledug. Asalnya Tasikmalaya.

“Dia suka berdandan dan petah bercakap,” katanya secara ringkas.

Zulfa menjadi perhatian menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @18.998, dengan lebih 25,000 pengikut.

Video tersebut meraih 765,000 tanda suka (like) dan 12 juta tontonan di TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*