“Touchingnya…”-Sebelum Akad, Pengantin Bangun Pelvk Ibu Minta Restu Buat Semua Jadi S4yu!

Hari pernikahan merupakan detik bersejarah buat pasangan yang ingin melangkah ke alam rumah tangga. Bahkan tidak dinafikan menanti saat lafaz akad daripada sang suami membuatkan hati kita sebagai bakal isteri berdebar, apatah lagi buat bakal suami yang duduk berdepan dengan tok kadi dan saksi, pasti berganda debaran yang dirasakan olehnya.

Bercerita tentang debaran seorang pengantin lelaki, biasa juga kita lihat ada yang tersasul menyebut nama bakal isteri ketika akad, tangan terketar dan pelbagai ceritanya hingga ada yang mengundang kelucuan di hati. Macam-macam ragamnya bila hati sudah berdebar dan resah.

Namun lain pula kisahnya, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok, Rianyana2, dia berkongsi detik-detik yang tidak mungkin dilupakan itu ketika menghadiri majlis pernikahan adik perempuannya.

Menerusi rakaman tersebut, terjadi satu perkara yang tidak disangka-sangka, namun ianya amat menyentuh hati hingga ada yang berasa seb4k melihatnya.

Ketika itu, dia merakam pengantin lelaki yang juga bakal adik iparnya sedang bersedia dihadapan jurunikah yang sedang membuat beberapa persiapan sebelum majlis dimulakan.

Jurunikah kemudian difahamkan meminta pengantin lelaki tersebut untuk berlatih lafaz akad nikah agar tidak tersasul dan berjalan lancar. Walau bagaimanapun, memandangkan ini adalah hari terbesar dalam hidupnya, sebagai seorang lelaki, mungkin perasaan gemuruh itu datang secara tiba-tiba.

Tanpa didvga, pengantin lelaki mengejutkan tetamu yang hadir apabila bingkas bangun daripada tempat duduknya dan kemudian meluru ke arah seorang wanita, iaitu ibunya yang duduk di bahagain tepi kawasan akad nikah tersebut.

Video:

@rianyana2

♬ Kabhi Hasna Hai Kabhi Rhona Hai – MUSIC_MASU

Saat itulah, kamera merakam satu situasi yang sangat menyentuh hati apabila pengantin lelaki berkenaan memelvk erat ibunya, untuk meminta restu dan diberikan semangat bagi meneruskan majlis tersebut. Situasi berkenaan turut disaksikan oleh tetamu yang lain dan dapat dilihat bakal isterinya tersenyum.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi perasaan masing-masing yang diundang sebak melihat video tersebut dan rata-rata turut mendokan kebahagian pengantin tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*