Penyanyi Akim Ahmad mended4hkan anak keduanya, Isa yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu lebih manja berbanding kakaknya yang mesra disapa Beyya dan Eshaal.
Akim, 31, berkata dia bagaimanapun rasa teruja kerana kini sudah ada pengalaman dalam menguruskan anak lelaki.
“Alhamdulillah, bayi makin sihat dan dia sudah mengambil v4ksin pertama, baru-baru ini. Rasa seronok memandangkan sebelum ini kami sudah miliki dua cahaya mata perempuan.
“Jadi bila ada anak lelaki ni, rasa berbeza. Bagi saya, dia lebih manja. Misalnya kalau waktu hendak tidur, mesti berdukung. Berbeza dengan kakaknya yang sebelum ini tidak perlukan buaian kalau mahu tidur.
“Kalau tidak, akan merengek. Nak kena dukung, tepuk-tepuk. Sepanjang tiga bulan lalu, memang saya banyak berjaga malamlah,” katanya kepada MH.
Akim berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Absolut Music Festival di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Rabu.
View this post on Instagram
Berkongsi mengenai nama ringkas anaknya itu, Akim menjelaskan dia dan isterinya, penyanyi Stacy sepakat mahu memberi nama yang mudah dan mempunyai maksud yang baik.
“Saya tidak mahu nanti pening untuk tulis nama anak panjang-panjang. Kami memang sepakat pilih nama Isa. Sebelum ini ada juga beberapa nama lain.
“Tapi kami putus untuk pilih nama yang unik dan saya pada saya, maksudnya juga baik. Mudah-mudahan anak kami membesar sebagai anak soleh,” kongsinya lagi.
Akim dan Stacy sah menjadi suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang disapa Beyya, yang kini sudah memasuki usia sembilan tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply