“Wanita Itu Biarlah…”- Ded4h Anak Minta Ibu Tiri, Shuib Kongsi Status Terkini & Ciri-Ciri Bakal Isteri

Pelawak Shuib mended4hkan anak-anaknya ada menyuarakan hasrat untuk memiliki wanita yang boleh menjadi pendamping serta yang boleh menyanyangi mereka seperti seorang ibu.

Menurut Shuib keempat empat anaknya dilihat secara zahir memerlukan seseorang yang dekat dengan mereka selepas lebih setahun kehilangan ibu mereka, Siti Sarah Raisuddin.

“Mereka ada masa rindu dan men4ngis mengenangkan ibu mereka.

“Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baru dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.

“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Justeru kata Shuib, dia kini seperti seolah-olah sudah mula membuka hatinya untuk mencari seseorang yang boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya.

“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda…Kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.

“Tapi kini bila masa dah berjalan…saya nampak mungkin dah ada ke arah tu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.

“Perasaan tu tak boleh dipaksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya,” ujarnya.

Apabila ditanya apakah ciri-ciri yang dilihat kepada wanita yang boleh menjadi isterinya kelak, Shuib memberitahu apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak.

“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.

“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya.

“Ciri-ciri untuk saya tu tak berapa penting kerana bila dah ada anak ni keutamaan pada mereka yang sedang membesar.

“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.

“Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” harapnya.

Terdahulu, Siti Sarah men1ngg4l dvnia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akib4t C0VlDl9.

Allahyarhamah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.

Tiga lagi anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*