SIAPA sangka bermula dari insiden ‘dil4nggar’ oleh seorang pemuda, hati seorang g4dis pula ditawan.
“Ingatkan lepas kena l4nggar dia nak minta maaf je, rupanya dia hantar rombongan meminang sekali,” tulis seorang g4adis menerusi satu ciapan di laman Twitter.
Menerusi perkongsian yang tular, gadis tersebut memuat naik mesej perbualan mereka pada hari kejadian berlaku bersama sekeping foto menunjukkan acara menyarung cincin.
Najwa berkongsi kisah cintanya bermula di Tasik Cyberjaya.
Bercakap kepada mStar, g4dis berkenaan, Najwa Abdul Nasir berkata, kejadian berlaku pada 8 April lalu di Cyberjaya ketika umat Islam menjalani ibadah puasa.
Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa dia sebenarnya dil4nggar oleh seorang pemuda yang menunggang e-skuter ketika bersiar-siar di Tasik Cyberjaya.
“Saya bukanlah dil4nggar kereta, tapi dengan skuter beam yang that guy bawa. Kami berasingan jalan-jalan di tasik sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Walaupun kena l4nggar dengan skuter, rasa s4kit juga. Tangan rasa kebas, tapi mujur saya tak terj4tuh ke tanah,” katanya ketika dihubungi.
Perkongsian Najwa di laman Twitter menjadi tular.
Berusia 20an, Najwa mengakui kejadian yang berlaku turut disebabkan kecuaiannya sendiri yang bersenam sambil berjalan di laluan pejalan kaki.
“Salah saya juga kepakkan tangan masa berjalan kononnya nak bersenam, regangkan otot tapi tak tengok kiri, kanan, belakang. Dia pula pertama kali bawa skuter.
“Dia berkali-kali kata nak bawa saya ke klinik, tapi saya kata okay sebab tak ada lvka atau keced3raan serius,” ujarnya sambil menambah mereka pada masa itu bertukar nombor telefon sekiranya berlaku kesan lebih serius akibat perl4nggaran tersebut bagi mendapatkan rawatan di klinik.
Najwa kini bergelar tunangan orang.
Najwa yang berasal dari Gurun, Kedah memberitahu, mereka kemudian bertemu semula keesokan hari di atas permintaan pemuda berusia 29 tahun dari Tanjong Karang, Selangor itu.
“Dia kata serba salah sangat sebab terl4nggar saya, jadi dia nak belanja minum. Memang nampak muka p4nik, maklumlah dia kan dah l4nggar anak orang. Kami jumpa di kedai mamak.
“Nak dijadikan cerita, secara kebetulan saya buat bisnes, memerlukan khidmat graphic designer untuk packaging bagi produk saya dan dia pula graphic designer.
“Saya nak bayar (upah), dia kata tak perlu sebab cover balik rasa bersalah dia. Bak kata pepatah ‘pucuk dicita ulam mendatang’,” katanya yang mengusahakan produk kecantikan sejak 2018.
Najwa (kanan) bersama tunangnya.
Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, perkenalan atas dasar kerja itu lama-kelamaan bertukar menjadi semakin rapat kerana keserasian antara satu sama lain.
“Selepas Hari Raya, hubungan cinta kami berputik. Ya, kurang sebulan. Kenapa saya pilih dia sebab dia seorang yang fun, easy going, soft-spoken dan matang.
“Dah beberapa bulan, kami ambil keputusan untuk settle down. Sebelum ni kami ada pengalaman bercinta selama bertahun-tahun tapi tak menjadi.
“Alhamdulillah, dia hantar rombongan untuk merisik dan terus bertunang pada 19 Oktober. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Februari tahun depan.
“Ingatkan kisah cinta ‘terlanggar’ ni dalam drama dan iklan TV je. Tak sangka betul-betul terjadi pada diri sendiri,” kata Najwa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply