Nabil Ahmad Tak Mahu Isteri Berkawan Dengan Bekas Kekasih – “Yang Dah Lepas Tu Lepaslah, Kita Manusia Akan Buat Silap”

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tidak bersetuju jika isterinya, Nazirah Ayub atau dikenali sebagai Zira berkawan baik dengan bekas kekasihnya.

Menurut Nabil ia bukan satu jalan yang baik untuk hubungan suami isteri di masa akan datang.

“Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap.

“Contoh kalau aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih aku tiba-tiba bekas kekasih bercerita benda-benda lama aku dengan dia yang isteri sendiri tak pernah tahu. Bukan ke ia akan merosakkan hubungan itu?

“Kenapa nak buat benda yang bakal merosakkan dan menjahan4mkan diri?

“Kenapa nak ceder4kan diri sendiri? Ingat kena baling mangkuk, periuk tak s4kit ke?” soalnya secara berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)


Pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan itu berkongsi pendapatnya bersama penyampai yang lain dalam 3 Pagi Era dalam topik berkenaan semalam.

Sementara itu, penyampai radio Azad memberitahu dia tidak kisah serta terbuka jika isterinya mahu berkawan kembali dengan bekas kekasih asalkan tahu menjaga batas sebagai seorang isteri.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*