“KUAT aura tu, sampai budak-budak pun suka.”
Demikian salah satu komen netizen setelah melihat video keletah seorang lelaki melayan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Cina di sebuah restoran.
Ketika dihubungi mStar, Azreena Azmi, 29, menceritakan semula kisah yang berlaku di restoran Dorsett, Kuala Lumpur ketika dia menjamu selera bersama ibu dan abangnya, Azrim Azmi, 34.
“Waktu kejadian tu saya tengah bersarapan dengan mak dan abang. Kami makan dekat hotel kami menginap sebab tengah bercuti.
“Tiba-tiba masa tengah makan ada seorang budak perempuan Cina yang duduk selang satu meja dengan kami datang.
“Tapi sebelum tu dia cuma pandang-pandang saja abang saya. Tak lama lepas tu dia senyum pada abang jadi abang pun balas semula,” ujar Azreena.
Dia yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata kanak-kanak yang tidak diketahui namanya itu lama kelamaan semakin berani apabila dilihat cuba menghampiri mereka.
Tidak terhenti di situ, si comel itu memanggil pula seorang lagi kanak-kanak yang lebih kurang sebaya umurnya untuk turut sama melihat abang Azreena yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik itu.
“Dia makin berani sampai datang depan meja kami sambil senyum-senyum malu. Mungkin sebab saya dengan mak pun tegur dia sebelum tu cakap ‘hello’.
Azrim sememangnya suka melayan kanak-kanak.
“Lepas tu dia panggil lagi seorang datang tengok abang. Sambil tunjuk-tunjuk abang, dia ada cakap sesuatu dekat ‘kawan’ seorang lagi tu tapi dalam bahasa Cina jadi saya tak tahu dia borak apa. Rasanya yang dia berborak tu dengan sepupu dia.
“Bila dah selesai makan kami pun keluar. Keluarga budak-budak tu yang tengah makan macam buat hal mereka sendiri saja. Mereka pun tak sedar apa yang berlaku,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Azreena yang merupakan anak bongsu berkata, ini merupakan pertama kali dia dan abangnya yang merupakan seorang jurutera dan bertugas di Pulau Pinang mengalami situasi seperti ini.
Bagaimanapun, katanya, Azrim sememangnya suka melayan kanak-kanak sehingga membuatkan mereka berasa selesa dan mudah mesra dengan dirinya.
“Abang saya masih belum berkahwin tapi dia memang sangat mesra dengan budak-budak.
Azreena dan Azrim merupakan adik beradik kandung.
“Kalau ada yang datang ke rumah, sekejap saja budak-budak tu dah boleh ‘pegang’ telefon dia untuk main permainan dalam tu. Kalau saya pula memang ambil masa juga nak bagi main,” ujarnya.
Susulan video yang menjadi tular, rata-rata warga maya membanjiri ruangan komen dengan mengusik lelaki itu, tak kurang juga melemparkan pujian.
Azrim merupakan seorang jurutera yang belum berumah tangga.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta Azreena menunjukkan wajah kacak si abang.
“Orang kata kalau budak-budak sukakan kita maksudnya kita orang baik.
“Tanpa segan silu ya ushar. Cerah masa depan kau dik (adik).
“Depa (mereka) kenan (berminat) tu sebab lesung pipit. Orang jual, belilah.
“Depan-depan tu mengorat,” demikian antara komen netizen terhadap video tular itu.
Komen netizen di TikTok.
Tambah Azreena yang merupakan seorang jurusolek, dia memuat naik video tersebut kerana menganggap kanak-kanak itu comel apabila menunjukkan minat terhadap abangnya.
Azreena turut menegaskan bahawa lelaki itu merupakan abang kandungnya dan bukanlah suami seperti dikatakan oleh netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply