Pekerja kilang sempat ‘tunjuk sayang’… edit, upload video dengan isteri di TikTok sebelum m4ut kemal4ngan

SOAL jodoh, aj4l, m4ut dan rezeki tertakluk kepada kuasa Allah.

Begitu juga dengan kisah wanita ini, di mana jodoh yang diharapkan bertahan lama terlerai kerana suaminya men1ngg4l dvnia dalam satu kemal4ngan jalan raya.

Video kenangan yang dikongsi di aplikasi TikTok, memaparkan saat mereka merakamkan sesi fotografi outdoor selepas diijabkabul pada tahun lalu, benar-benar membuatkan sesiapa yang menontonnya turut seb4k.

Disertakan dengan kapsyen meruntun hati, secara tidak langsung netizen dapat menyelami isi hati wanita berkenaan.

“Bukan tak reda pemergian abang, tapi sayang benar-benar rindukan abang. Semoga abang ditempatkan dalam golongan orang beriman dan berbahagia di taman syurga,” demikian kapsyen tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Adah berkata, arw4h suaminya, Nasyaruddin Ibrahim, 28, atau lebih dikenali sebagai Wan, menghembuskan n4fas terakhir selepas terlibat dalam satu kemal4ngan jalan raya pada 24 September lalu.

“Kami berdua keluar bekerja seperti biasa pada hari kejadian… kami kerja di kilang yang terletak bersebelahan saja. Masa saya dah sampai kilang, kawan call beritahu suruh pergi depan kilang arw4h.

accident 2

Keadaan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Dalam hati tertanya-tanya juga kenapa. Tak lama tu adik ipar call beritahu abang dia (suami) acc1dent. Saya tanya, teruk sangat ke?

“Kemudian pihak hospital hubungi dan beritahu suami dah tak ada,” ujarnya sambil menambah, suaminya ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal.

Ak1bat perlangg4ran dengan sebuah kereta utiliti sukan (SUV), suaminya melambung sebelum terh3mpas terkena penghadang jalan, dan men1ngg4l dvnia di tempat kejadian kerana mengalami ced3ra p4rah di kepala.

accident 3

Adah dan suaminya diijabkabulkan pada Februari tahun lalu.

Hampir sebulan selepas insiden dvka itu berlaku, Adah berkata dia perlahan-lahan reda dengan suratan takdir meskipun terlalu sedih kerana hanya sempat bergelar isteri kurang dari tempoh dua tahun.

“Sejak insiden itu, saya masih belum ada kekuatan nak pulang ke rumah kami di Johor Bahru. Saya menetap sementara di rumah keluarga di Machang, Kelantan untuk pulihkan semangat.

“Minggu pertama, boleh kata hari-hari air m4ta ni meng4lir. Tapi keluarga dan kawan-kawan beri kata-kata sokongan,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Mengimbas kembali detik-detik terakhir bersama suaminya, Adah berkata arw4h tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelainan.

“Semuanya berlaku secara mengejut dan tidak dijangka. Arw4h tak reti berkata-kata romantis tapi dia tunjukkan sayang melalui tindakan. Contohnya, menerusi mesej, ringan tulang membantu kerja rumah dan seorang family man.

“Malam sebelum kemal4ngan, arw4h edit video kami berdua dan upload dekat TikTok. Itulah video terakhirnya.

accident 4

Menurut Adah, arw4h suaminya bukan seorang yang pandai berbicara romantik tetapi lebih gemar menunjukkan rasa sayang melalui tindakan.

“Beberapa bulan kebelakangan ini, arw4h belajar buat karbon fiber dengan rakannya. Dia plan untuk buka bisnes dekat kampung di Kelantan sebab nak dekat dengan keluarga. Katanya, sampai bila nak kerja kilang. Tapi, hasratnya tak kesampaian,” ujar wanita ini.

Tidak menyangka video yang dimuat naik meraih perhatian ramai, Adah berkata dia sekadar mahu meluahkan rasa rindu di samping mengabadikan kenangan dengan arw4h suami di media sosial.

“Sedikit sebanyak video ini dapat dijadikan pengajaran buat pasangan lain agar menghargai pasangan masing-masing sementara ada kesempatan bersama,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*