T4kut Punya Pasal, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yassin. Rupanya Ramai Macam Ni!

Hujung minggu lalu penuh di sosial media kita lihat gelagat anak-anak daftarkan diri ke universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka. Terutamanya buat yang pertama kali duduk di asrama, macam-macam barang diangkut untuk di bawa ke sana.

Itu baru barang, belum lagi gelagat bersama kawan-kawan baru di asrama. Bagi yang sudah biasa duduk berjauhan dan pernah masuk asrama, pasti tiada masalah. Tetapi yang baru masuk asrama, berjauhan pula dengan keluarga, pasti akan cepat rasa ‘homes1ck’ dan rasa ‘insecure’ di tempat baru. Mana tidaknya, khuatir manalah tahu ada sesuatu yang ‘h0rror’ ke? Hehe!

Itulah yang terjadi pada seorang pelajar yang dikongsikan oleh rakan sebiliknya di Tiktok berkongsi gelagat rakannya yang merupakan seorang pelajar berbangsa Cina melindungi dirinya dari g4ngguan ‘h4ntu’.

Dek kerana takutkan identiti m1stik ini, lelaki itu sanggup membuka surah Yassin di telefon pintarnya. Malah dia turut membiarkan surah Yassin yang dipasangnya itu bergema di dalam biliknya gara-gara t4kut dengan g4ngguan tersebut.

Tindakannya ini turut membuatkan pemilik video tidak henti-henti ketawa dibuatnya kerana terhibur melihat gelagat rakan sebiliknya ini. Malah dia juga memberitahu di ruangan kapsyen, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi ini.

@emadhakimiyy

first time aku jumpa membe cina bukak surah yasin..🤣#fyp #fypage #fypdongggggggg

♬ original sound – emadhakimiyy – emadhakimiyy

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat cubaan pelajar berbangsa Cina ini melindungi dirinya. Dalam masa yang sama, ramai yang turut berkongsikan pengalaman melalui situasi yang sama dengan mereka yang bukan beragama Islam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*