Pengantin ditvduh buang adat demi nak viral, sanggup bersanding pakai sut lumba kereta… Tak sangka pelamin pun dalam bengkel!

SUSUN atur seperti majlis persandingan, tapi yang peliknya komponen enjin dan peralatan membaiki kenderaan memenuhi pelamin ibarat sebuah bengkel kereta.

Ini semua terjadi gara-gara si mempelai berjiwa permotoran sehinggakan sport rim, spanar serta kerusi kereta lumba menghiasi pelamin.

pengantin bengkel 2

Pelamin ini merupakan impian Irwan yang berjiwa permotoran. foto FB M.Z Pixart

Bukan itu sahaja, pengantin pula masing-masing dalam persalinan sut perlumbaan dengan perempuan anggun bersanggul lintang, menjadikan majlis perkahwinan ini sangat rare.

“Nasib baik tak overhaul enjin atas pelamin,” antara komen netizen yang tular di media sosial.

Berkongsi cerita kepada mStar, pengantin lelaki, Irwan Mhd Umran berkata, pelamin bertemakan bengkel kereta itu merupakan majlis persandingan di Tawau, Sabah, pada Ahad.

pengantin bengkel 4

Komponen dan peralatan seperti di bengkel. foto FB M.Z Pixart

Pemuda berusia 32 tahun itu memberitahu, konsep tersebut tercetus kerana minatnya yang mendalam membabitkan enjin-enjin kereta.

“Bermula sejak umur 15 tahun saya sudah mula bekerja dan berazam nak mahir dan ada bengkel sendiri.

“Banyak masa dihabiskan untuk belajar selok belok baiki enjin sehinggalah saya dapat membuka bengkel sendiri, sekarang dah berusia lapan tahun,” katanya ketika dihubungi mStar.

pengantin bengkel 7

Bermula sebagai pekerja suruhan kepada mekanik dan kini memiliki bengkel kereta sendiri. foto FB M.Z Pixart

Lebih mesra disapa Wan, dia berkata konsep itu digunakan kerana minat mendalam dalam bidang permotoran.

Bagaimanapun jelasnya ia tidak bermaksud mereka melupakan adat masing-masing seperti yang did4kwa sesetengah pihak.

Menurutnya, dia dan isteri, Norwadah Suharto berusia 27 tahun terlebih dahulu menjadi raja sehari di majlis perkahwinan pada 1 Oktober lalu di Kunak.


“Di majlis saya juga ada empat pasang baju termasuk satu baju tradisi daripada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Kami kemudian bertukar pakai baju racing selama empat jam. Pelamin dihias simple hasil kreativiti adik-beradik dan mak andam,” katanya yang berasal dari Kunak.

pengantin bengkel 3

Baju mengikut tradisi Suluk-Bajau turut dipakai Irwan dan isteri. foto FB M.Z Pixart

Mengulas lanjut, anak ketiga daripada empat beradik yang membesar di Tawau itu berkata, pelamin impiannya juga didirikan di bengkel miliknya.

“Di tempat ini juga saya tinggal. Rumah bersebelahan dengan bengkel, apabila ada kereta nak cepat siap untuk repair, kami boleh kerja sampai malam,” katanya.

pengantin bengkel 5

Kenangan bersama keluarga di pelamin. foto FB M.Z Pixart

Mengenai sut racing, Irwan berkata, pada mulanya dia bercadang untuk memakai baju mekanik di hari persandingan.

“Tapi mak andam cakap tak cantik, disyorkan untuk kami pakai baju racing drift. Kebetulan pula saya ada kawan-kawan dalam kalangan drifter di Tawau.

“Mereka sokong saya dengan pinjamkan baju. Saya hanya mahu mencipta kenangan dengan mengimbau semula saat susah dulu hingga menjadi mekanik dan ada bengkel kereta sendiri.

“Jika dimurahkan rezeki, saya ada impian untuk besarkan lagi bengkel yang tak seberapa ini. Saya nak lebih maju insyaAllah,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*