Sesiapa yang biasa menaiki bas ekspres tentu sudah maklum bahawa perjalanan bas ini turut mempunyai jadual dan waktu perjalanan yang telah ditetapkan. Lantaran itu, penumpang biasanya akan datang awal untuk menaiki bas tersebut.
Pun begitu tidak dinafikan, dalam ramai-ramai penumpang tentu ada mengalami nyaris-nyaris tertinggal bas gara-gara lewat tiba di lokasi yang ditetapkan. Andai bas tersebut telah bergerak, lazimnya kita terpaksa membeli tiket baharu untuk menaiki bas yang berikutnya ke lokasi yang ingin dituju.
Namun berbeza pula keputusan yang diambil oleh bapa kepada seorang pelajar Pusat Asasi UIAM Gambang, Pahang ini .
“Salah kami mak ayah yang lambat sebab pagi tu ada tugasan kerja. Angkut anak dah awal-awal pagi dengan beg dia ikut pergi bertugas..tapi lalai terlajak masa,” ujar Puan Nerfetiti Ahmad Nordin bila ramai yang bertanya bagaimana boleh berlaku kejadian tertinggal bas tersebut.
Difahamkan menerusi perkongsian Puan Nerfetiti Ahmad Nordin di akaun TikToknya, bahawa pasangan suami isteri ini mengambil kesempatan membawa seisi keluarga di kawasan Bangi Lama , ‘bekerja sambil bercuti’.
Pun begitu perancangan untuk menghantar anak perempuannya menaiki bas dari TBS ke Pahang terlepas dek kerana terlewat seminit daripada waktu bas bergerak. Disebabkan hal itu, Anuar Ibrahim Arope nekad mengejar bas tersebut hingga ke lebuhraya Karak.
“Akak google cari no tel HQ bas Bulan Restu bagi plate no bas untuk call driver minta tolong berhenti kejap ambil anak yang tertinggal bas tadi..
“Kami kalau kejar bas sampai terlepas exit genting sempah tu memang plan terus jelah hantar anak ke UIAM Gambang,’ jelasnya lagi.
Video:
@kaktaty Kes tertinggal bas..! #demimuanak papanya kejar bas 😂 sampai ke Karak Hiway!
Berkongsi lanjut situasi kalut tersebut yang akhirnya dapat mengejar bas dan menaiki bas tersebut di tepi lebuh raya sebelum hentian R&R Genting Sempah. Setelah semuanya selesai, keluarga ini alang-alang lokasi berdekatan dengan Janda Baik, terus singgah di sana untuk menghilangkan penat semasa aksi kejar-mengejar bas yang disifatkan seperti filem aksi SPEED oleh keluarga ini.
Meninjau di ruangan komen menerusi video yang dikongsikan ini, rata-rata warganet terharu dengan usaha seorang ayah yang sanggup lakukan apa sahaja untuk anaknya dapat menaiki bas tersebut. Bahkan tidak kurang juga, berkongsi momen pernah tertinggal bas seperti keluarga ini dan sekali gus mengimbau kenangan dan rasa rindu pada susuk tubuh insan bergelar ayah.
Tidak dengan itu, ramai juga yang memuji tindakan pemandu bas tersebut yang baik hati mahu memberhentikan bas tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply