“Panggil naik dulu dia taknak, Dia tetap nak beratur jugak” – [VIDEO] Tahniah sebab jadi manusia yang selalu berusaha walaupun diri tak sempurna

Tidak semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai anggota badan yang sempurna, ramai yang mempunyai fizikal tidak sempurna tetapi tetap menjalani kehidupan yang seperti biasa.

Individu yang mempunyai kelainan upaya ini tidak suka dilayan seperti mereka tidak berkemampuan tetapi mereka semua lebih suka dilayan seperti insan yang lain yang sempurna anggota badannya.

Begitu juga layanan yang sama ingin diterima oleh seorang lelaki yang mempunyai kec4catan di bahagian kaki yang membuatkan ramai yang kesian dengannya untuk beratur, walaupun diminta untuk melangkau barisan tetapi lelaki itu tetap ingin beratur seperti orang lain.

Situasi itu telah dikongsi oleh pemilik kedai Kieda Crepe yang terkenal menjual pelbagai jenis pemanis mulut itu yang kesian dan memberi laluan supaya beliau tidak perlu beratur, tetapi lelaki itu menolak dan ingin beratur sehingga tiba gilirannya.

Video:

@kiedacrepe

Tahniah sebab menjadi manusia yang tak mengharap simpati org. Tahniah sebab jadi manusia yang selalu berusaha walaupun diri tak sempurna mcm org lain, im speechless 🥲😢 @kiedaamy #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang #fypage

♬ suara asli – Positive Vibes Lesti kejora

Apabila diterjah ke ruangan komen, ramai warga maya Yang tersentuh hati dengan semangat dirinya yang masih kuat walaupun tidak sempurna.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.tiktok.com/@kiedacrepe, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*