[VIDEO] Ebit Lew Ziarah Nabil Ahmad, Rakam Ucapan T4kziah Pemergian Ayah Tercinta – “Pergi Tinggalkan Anak Soleh…”

Pend4kwah popular, Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarahi pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad yang baharu sahaja kehilangan ayah tercintanya, Ahmad Haji Ismail pada 7 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ebit menyatakan arw4h pastinya berasa bangga kerana memiliki seorang anak yang soleh seperti Nabil.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Nabil sekeluarga tabah atas pemergian arwah ayah, Haji Ahmad Ismail. Ya Allah ampunilah Haji Ahmad Ismail dan hadiahkan syurga Firdaus buatnya.

“Gembiranya seorang ayah pergi saat meninggalkan anak yang soleh buat usaha dakwah dan buat usaha atas iman.

“Itulah hadiah sangat besar seorang anak buat ayahnya. Semoga kita semua istiqamah sampai menemui-Nya (Allah),” tulis Ebit pada kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Terasa dengan kehilangan ayah kepada Nabil, Ebit turut kembali teringat akan peristiwa ayahnya yang telah menghebuskan naf4s terkahir setahun lalu.

Bagi Ebit, pemergian orang yang paling disayanginya itu menjadikan dia hilang tempat untuk bermanja dan mengadu.

Sementara itu, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad dilihat sempat membalas kepada Ebit di ruangan komen dengan melu4hkan rasa terharu diatas kehadiran pendakwah berkenaan ke rumahnya.

“Saya mewakili Ibu saya sangat-sangat terharu dengan kedatangan ustaz Ebit dan tiada kata yang dapat kami terjemahkan untuk menzahirkan perasaan kami. Terima kasih ustaz,” komen Nabil.

Terdahulu, berita pemergian ayah Nabil turut dirasai oleh rakan selebriti dan peminat. Arwah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*