“Ku akan selalu menjagamu..,” – Sweetnya Ucapan Anniversary Perkahwinan Ke-20 Dato’AC Mizal Buat Isteri Tercinta

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.

Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Sama seperti pengacara Dato’AC Mizal, dimana pada hari ini dia dan isteri iaitu Datin Emylia Rosnaida menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 20 tahun.

Menerusi laman sosial instagram, Dato’AC Mizal menulis nukilan indah buat isteri tercinta iaitu Datin Emylia Rosnaida sambil memuat naik foto mereka untuk tatapan umum.

“Ya allah syukur pada allah dah 20tahun kita bersama , today 10.10 is our Anniversary yg ke 20thn , tq b , menjaga i dan anak2 dgn baik , susah senang kita bersama, u kerja kuat tak kira masa utk i & anak2, I appreciate it so much , syukur pada allah kerana memberi i seorg suami dan bapa yg baik for me dan anak2, tq B.

“Selama j4ntung ini berdetak, Ku akan selalu menjagamu, Hingga akhir waktu, Selama nafas ini berhembus, Tak akan ada cinta yang lain, Hingga Tua Bersama. Love u B , Happy 20th Anniversary,” tulis Dato’AC Mizal di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Sekadar info, AC berkahwin dengan Emylia pada 2002 dan hasil perkahwinan, pengacara itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Reeve dan seorang anak perempuan, Fea Eryssa.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram dacdatoac

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*