Nenek kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof memberitahu dia tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian meskipun berada dalam keadaan s4kit.
Al-Quran penawar semua peny4kit
Menerusi laporan Sinar Harian, Bibi Khoteja berkata dia pernah menjalani pembed4han sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan penawar terbaik untuk semua peny4kit.
Selepas menjalani pembed4han, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. Jika keadaan s4kit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran.
Tambah warga emas yang berusia 77 tahun itu, dia turut menjemput dan menambah guru mengajar al-Quran untuk datang mengajarnya tatkala keadaan kesihatan tidak baik.
Saya s4kit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran.
Bercerita mengenai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam, Bibi Khoteja menyifatkan majlis tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply