“Saya Selalu Berdoa Ia Bukan K4nser,” – Ketulan Dalam Perut Dah Cecah 6cm, Isteri Fad Bocey Jalani Pembed4han

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang ditolak di atas kerusi roda nyata menimbulkan kerisauan di hati para peminat.

Malah, Fad juga turut memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan diberikan kesembuhan.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Syaheera memaklumkan dia sebenarnya sudah kerap kali keluar masuk hospital disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi, dia sebenarnya mengalami rasa s4kit yang agak teruk di bahagian perut dan selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat ketulan di bahagian tersebut.

“Banyak yang dm s4kit apa pula kali ini. Mesti pelik kan Sya dan peny4kit berpisah tiada. Haritu baru warded. Ni warded lagi. Ceritanya adalah yang haritu warded tu sebab memang attack dalam perut.

“S4kit yang saya cuba untuk hadam dan tahan. Lagi power dari s4kit nak bersalin tu. Any paink1ller pun tak jalan. Maknanya serah diri juga dan saya buat ct scan. Jadi doktor sahkan ada j4ngkitan dan cyst saiz 2cm,” tulisnya.

Jelasnya lagi, dia menjadi bertambah ris4u apabila saiz ketulan tersebut telah membesar sehingga 4cm.

“Dimana saya tak perlu risau pun tapi bila dah discharge s4kit tu datang kembali tanpa dijemput. Tetap s4kit yang kuat sangat.

“Bila check lagi dengan Dr. Norleen, cyst tu jadi 4cm. Eh dia makan apa ya membesar bagai juara,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Syaheera mendedahkan dia terpaksa menjalani pembed4han kerana bimbang sekiranya keadaan ketulan tersebut semakin melarat sehingga boleh menyebab k4nser.

“Jadi, bila kita putuskan untuk last check up, tahu tak jadi apa? Cyst tu dah bersaiz 6cm. Takkan nak tunggu besar baru nak remove dan tanpa cakap banyak, saya bersedia untuk serah diri.

“Cyst ni paling risau kalau dia pecah dan rupanya cyst tu k4nser memang sangat bahaya sebab boleh mereb4k. Saya selalu berdoa yang ia bukan k4nser. Inilah sebab saya di sini. Sesiapa yang ada cyst, tolong jangan ambil mudah. Check betul-betul,” akhirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)


Menerusi video yang dikongsikan oleh Fad itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar pembed4han tersebut berjalan lancar.

Sekadar informasi, Fad dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan sudah dikurniakan empat cahaya mata.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*