Penyanyi yang popular dengan genre irama Malaysia dan etnik kreatif, Noraniza Idris melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.
Berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, acara itu disertai oleh 565 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia.
Semua peserta menarikan tarian asas tradisional mengiringi persembahan Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua buah lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama durasi tujuh minit.
Kak Ani Terkesima
Mengulas mengenai kejayaan melakar rekod terbabit, Kak Ani menghela nafas lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional.
View this post on Instagram
“Syukur Alhamdulillah saya sangat teruja dan terkesima, seronok sangat. Ia tak sama kita menang anugerah, kita dapat pengiktirafan MBOR seolah-olah kita melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis.
“Jadi, bila mereka hadir untuk mengikuti program ini kita berjaya dan satu kepuasan buat saya,” ujarnya yang ditemui usai acara pada Ahad.
Hampir tak jadi buat
Tambah pelantun lagu Dikir Puteri itu lagi, biarpun hampir berputus asa berdepan pelbagai cabaran menjelang hari terbabit, Kak Ani bersyukur sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai pihak pada saat akhir.
“Hari ini menjadi hari bersejarah juga buat saya terutama bila dapat bawakan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional asas yang terdiri daripada peserta yang zero, tak tahu apa-apa dalam seni dan budaya.
“Kita ajar dalam tempoh lapan hari. Kalau nak ikutkan, memang tak jadi tapi saat akhir dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) dan sekolah antarabangsa telah memberi kerjasama tinggi untuk menjayakan program ini.
“Memang kalau ikutkan hampir nak gvgur j4ntung, sedih, macam-macam cab4ran dan dvgaan, Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran kita berjaya selesaikan pengiktirafan kali ini,” tambahnya.
View this post on Instagram
Acara persembahan ini diiktiraf dan disahkan oleh Yang Teramat Mulia, Dato’ Haji Mohammed Bin Haji Abdullah, Undang Luak Johor, Penaung Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise”.
Acara ini dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan luar negara yang berperanan sebagai aktiviti tarikan pelancong untuk terus bercuti ke Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan Malaysia.
Objektif utama acara mencipta rekod ini adalah untuk mengangkat semula Irama Malaysia sebagai salah satu agenda kempen #SaveIramaMalaysia agar terus dekat di hati generasi pelapis melalui aktiviti perbengkelan dan pensijilan aktiviti kokurikulum yang melibatkan merit peserta pelajar.
View this post on Instagram
Usaha ini adalah salah satu inisiatif Kak Ani selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Program Mencipta Rekod Terbaharu merangkap pengasas & penggubal modul Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise” menerusi Persatuan Tatihseni Malaysia.
Dalam masa sama, Kak Ani berharap agar acara seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan dengan lebih serius dan irama Malaysia tidak terus hilang dalam jiwa anak-anak generasi pelapis sebagai keberlangsungan usaha menyemai semangat patriotisme sebagai halwa jatidiri rakyat Malaysia secara tidak langsung.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply