Enggan lagi mahu berselindung, personaliti media sosial yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Namie akhirnya mengesahkan telah secara rasmi berhenti berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.
Bagaimanapun, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat bukan kerana penyertaannya di MLS3, sebaliknya ia telah diputuskan sejak bulan tiga yang lalu.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah memasang impian untuk bergelar selebriti sejak usianya masih kecil.
“Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya sebenarnya sudah berhenti sebagai seorang guru sebab ingin mengejar impian di dalam industri seni.
“Saya tolak tepi segala tomahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan. Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak bulan Mac lagi.
“Saya terpaksa sembunyikan perkara ini kerana tidak mahu mental dan privasi saya terganggu. Saya merahsiakannya demi kebaikkan diri dan keluarga.
“Kalau saya beritahu lebih awal, sudah tentu ia akan mengganggu perjalanan saya di MLS3. Terimalah saya seadanya dan terima saya juga di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Pendedahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Namie sewaktu sidang media selepas tamat program MLS3 yang berlangsung di Bukit Jalil pada Jumaat.
Jelas Namie lagi, antara salah satu sebab dia memutuskan untuk berhenti adalah kerana tidak mahu mencalarkan imej profesionalisme seorang guru.
“Perjalanan ini sudah ditentukan tuhan. Proses berhenti langsung tidak menyusahkan saya. Sewaktu putuskan nak berhenti, dua orang pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpa saya.
“Kami bertemu dan mereka bertanyakan keputusan saya ini. Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya menc4larkan imej profesionalisme perguruan, adakah pihak tuan akan suka?
“Jadi mereka horm4ti keputusan saya. Ketika bergelar guru, saya memang sudah aktif di media sosial. Walaupun konten saya bukannya neg4tif tapi ada kalanya saya berpewatakkan wanita atau jadi b0doh-b0doh sikit.
“Saya tak mahu perkara tersebut menc4larkan imej perguruan saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Namie mended4hkan pada awalnya memang agak sukar namun, dia telah membuktikan apabila diumumkan selaku juala MLS3.
Penerimaan keluarga pada mulanya memang agak sukar tapi saya buktikan dengan kejayaan saya. Mereka pun nampak saya ke bidang ini bukan suka-suka.
“Ketika bagitahu kepada isteri pula yang saya nak berhenti, respon dia mudah ‘berhenti jelah’ kerana dia kenal saya. Dia tahu apa yang saya suka dan tak suka. Dia juga sangat positif dan itu yang buat saya lebih bersemat
“Saya percaya kepada rezeki. Orang pun tak tahu pekerjaan lain saya. Tak perlulah saya nak dedahkan semuanya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Namie yang menganggotai kumpulan UBI bersama pelawak Fad dan Sharif telah dinobatkan selaku juara MLS3 sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 dan trofi.
Malah, Namie juga menyifatkan kemenangan ini sebagai tuah anaknya yang kini baru berusia enam bulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://www.mediahiburan.my/
Leave a Reply