Membesarkan lima orang anak masih kecil seorang diri bukanlah perkara mudah.
Ketabahan wanita ini dalam menjaga anak-anaknya selepas berdepan episod dvka dalam rumah tangga mendapat perhatian warganet.
Bercerita kepada mStar, Ayunee Kamil, 39, berkongsi kisah bagaimana ikatan perkahwinannya putus selepas dia dan suami berkahwin pada 1 Jun 2006.
“Saya kahwin dah lama atas dasar cinta semasa di kolej. Hampir dua tahun berkahwin baru dapat cahaya mata pertama. Awal perkahwinan sangat indah… kerja bagus, dapat beli rumah sendiri dan kereta sendiri.
“Sepanjang berkahwin, kami sangat jauh dengan Allah. Berseronok, solat tak jaga, al-Quran entah ke mana. Saya pun tak tutup aur4t dengan sempurna.
“Masa berlalu sangat indah namun bila sudah dapat zvriat kedua, waktu bersama suami makin kurang kerana anak-anak masih kecil dan saya pula bekerja,” ujarnya.
Menurut Ayunee, sepanjang tempoh sembilan tahun berkahwin, dia telah berc3rai lebih tiga kali dan akhirnya tidak dapat kembali rujuk atas sebab tertentu.
Mengakui sedih dengan apa terjadi, Ayunee bagaimanapun percaya punca keretakan masjid yang dibina merupakan satu ujian untuk dia kembali kepada Allah.
Tambahnya yang ketika itu menetap di Melaka, keperitan hidup semakin bertambah apabila dia kehilangan kerja dan segala harta miliknya ditarik semula oleh pihak bank.
“Saya amat memerlukan seorang suami di sisi tetapi ujian ni semua disebabkan Allah mahu saya menjadi seorang wanita lebih baik.
“Saya berc3rai kali ketiga selepas bersalin anak nombor lima dan selepas p4ntang 40 hari kami ke mahkamah. Bermula dari situ, saya alami d3presi sangat teruk dan hampir gil4 mer0yan.
Ayunee bersama bekas suami dan anak-anak sebelum berpisah.
“Di saat itulah saya hilang kerjaya, rumah terp4ksa dilelong, kereta kena tarik, simpanan tiada disebabkan saya j4tuh s4kit secara tiba-tiba. Mujur famili dari Kelantan banyak membantu dan saya pindah ke sana setelah tinggal di Melaka hampir 10 tahun sebelum tu,” kata Ayunee lagi.
Ketika tiada sebarang harta juga, dia terp4ksa berjuang mendapatkan hak penjagaan lima orang anaknya bersama bekas suami.
Keputusan mahkamah memihak kepadanya apabila dia berjaya mendapatkan kesemua anak untuk dijaga sepenuhnya.
“Saya gembira bila dapat hak menjaga anak sendiri. Tapi saya perlu berjuang untuk kembali sihat dan bekerja semula kerana terpaksa fikir anak-anak masih kecil dan memerlukan saya.
View this post on Instagram
“Serabut, tertekan, rasa menyusahkan keluarga sebab terpaksa menumpang rumah ma (ibu) dan abah dengan keadaan duit tak ada langsung.
“Selama sudah hampir lapan tahun kami berpisah, bekas suami cuma pernah berikan sekali saja wang untuk perbelanjaan anak-anak. Saya faham dia pun susah tak ada sebarang pekerjaan ketika itu apatah lagi ibu dan ayah dia pun sudah men1ngg4l dvnia,” ujarnya lagi.
Kini, wanita ini menetap di Cyberjaya, Selangor dan bekerja sebagai perunding kewangan demi membesarkan dan menyara anak-anaknya.
Ayunee sebelum ini merupakan seorang perunding imej dan ‘coach’ bagi membantu wanita di luar sana yang mempunyai masalah emosi.
“Dulu saya alami d3presi dan anx1ety mel4mpau yang merupakan masalah terbesar. Disebabkan masalah emosi yang teruk membuatkan saya join program e-hati Diyana Tahir dan bangkit kembali membantu wanita yang mempunyai masalah emosi. Program ini banyak membantu saya, membuatkan saya bertukar kerjaya sebagai coach e-Hati.
Anak-anak Ayunee.
“Selain itu, saya belajar fahami al-Quran dengan Husna Haron dan ia membantu saya untuk hadapi k0nflik dan peny4kit. Saya bersyukur sangat keadaan saya makin pulih dan jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu,” ujar Ayunee.
Untuk rekod, video kisah rumah tangga yang dikongsikan di TikTok meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.
Ayunee berkata perkongsian video tersebut bukanlah bertujuan memburukkan mana-mana pihak tetapi memberikan inspirasi lepada wanita di luar sana dalam menempuhi ujian mendatang.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply