Masih lagi ‘berg3lut’ dengan kem3lut yang melanda rumah tangganya, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu dan bapa mentua yang baik.
Menurut Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 37, antara sumber kekuatannya dalam berhadapan cab4ran dalam berumah tangga ialah apabila bapa mentuanya, produser terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat dirinya.
Berkongsikan antara perbualan yang diberikan Yusof terhadap dirinya menerusi Insta Story, Sarah berkata sokongan seperti itu membuatkan dia menjadi lebih kuat.
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini merupakan antara salah satu daripada pemb4kar semangat Sarah untuk tidak berputus asa dalam kehidupan,” tulis Sarah.
Menerusi tangkap layar (screen shot) perbualan itu, Sarah turut memberitahu Yusof tentang perkembangan terbaharunya di mana dia mendapat tawaran berlakon selama sebulan di New Zealand pada November ini.
Menerusi laporan media sebelum ini, Yusof pernah menyatakan dia memberikan sepenuh sokongan terhadap menantu serta cucu-cucunya.
Rumah tangga Sarah didakwa dil4nda b4dai disebabkan kehadiran pihak ketiga yang dikenali sebagai Ira Kaza yang juga merupakan anak kepada pelakon senior, Kaza.
Sekadar info, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply