Gigi kekal tak tumbuh, model sambilan selesa teruskan hidup dengan gigi svsu! Anggap diri unik, tak mahu buat rawatan

JARANG-jarang sekali kita dapat melihat individu yang sudah dewasa tetapi masih mempunyai gigi svsu.

Tetapi menurut seorang g4dis bernama Alea, dua batang gigi svsunya di bahagian bawah masih kekal sehingga kini.

Ketika dihubungi mStar, g4dis berusia 18 tahun itu bercerita panjang lebar tentang kisah gigi svsunya.

“Sebenarnya saya sendiri tak tahu macam mana boleh ada gigi svsu sampai dewasa. Dulu masa sekolah kawan-kawan panggil gigi tikus.

“Sejak April 2022, saya bekerja sebagai model freelance bagi tudung dan pakaian. Mak ayah pernah bergurau masa shooting, mereka cakap bahagian bawah nampak macam tak ada gigi,” jelasnya.

Bagi mendapatkan kepastian, Alea pergi ke sebuah klinik gigi di Setia Alam, Selangor, bagi mengesahkan masalah dihadapi, seterusnya mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, setelah melakukan imbasan x-ray, hasilnya menunjukkan bahawa tiada tanda-tanda gigi kekal bakal tumbuh.

“Doktor gigi ada beritahu dua batang tu memang gigi svsu.

“Kalau nak tahu rawatan apa perlu dibuat atau nak betulkan gigi, saya kena buat imbasan x-ray. Bila doktor periksa, memang tak ada gigi tumbuh dalam gusi… maksudnya gigi tu kekal dari bayi sampai sekarang,” katanya lagi.

Hasil imbasan X-ray gigi Alea.

Sebelum itu doktor ada mencadangkan agar Alea meratakan giginya melalui kaedah jambatan gigi (bridge).

Namun, jelas g4dis ini dia enggan melakukan rawatan seperti dicadangkan malah memilih untuk mengekalkan gigi asal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Walaupun gigi svsu tersebut kelihatan lebih kecil berbanding gigi lain, tetapi dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggigit atau mengunyah makanan.

Kata Alea, dia berpandangan bahawa ketidaksempurnaan itu perlu ditonjolkan kerana tiada siapa pun di dunia ini sempurna.

“Walaupun doktor bagi cadangan buat rawatan tu, tapi saya tak nak sebab gigi svsu tu dah macam identiti diri saya sekarang.

G4dis ini memilih untuk tidak memasang bridge bagi menutupi cela.

“Sejak bayi sampai sekarang fizikal saya makin membesar dan banyak berubah tapi gigi tetap kekal macam tu.

“Bagi saya tak ada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Kita semua berbeza-beza dan jika tak masuk dengan ‘beauty standards’, tak bermaksud ia satu kecacatan. Kita cuma unik dengan cara tersendiri,” kata Alea.

Untuk rekod, video yang menceritakan kisah mengenai gigi susu Alea meraih lebih 600,000 tontonan setelah disiarkan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*