Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @akmasyafira, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bermain ‘handphone’ sambil menjaga 3 orang adik kembarnya.
Namun apa yang mencvri perhatian ialah cara kanak-kanak tersebut menjaga adiknya iaitu dengan meletakkan kaki pada ‘bouncer’ sambil bermain ‘handphone’.
“Bila minta kakak Ufaira jaga kan adik #triplets dia, pakai kaki je senang,” tulis @akmasyafira menerusi video.
Video:
@akmasyafira Bila minta kakak Ufaira jaga kan adik #triplets dia, pakai kaki je senang 😅
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 2.9 juta tontonan, 128.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok akmasyafira
Leave a Reply