[VIDEO] Kongsi Rezeki Dengan Kanak-Kanak Ketika Piknik Hot, Johan Dipuji Netizen – ‘Alhamdulillah Memang Pemurah’

Bermula 1 Ogos, pelawak Johan diamanahkan mengendalikan segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG.

Pada minggu lalu, Hot FM telah menganjurkan Piknik Hot yang disertai Johan, Fara dan AG di Taman Metropolitan, Kepong.

Piknik Hot dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan penyanyi hebat antaranya Irfan Haris, Wany Hasrita, Kaka Azraff, Andi Bernadee, Haiza dan ramai lagi.

Apa yang mencvri perhatian warganet adalah sikap Johan berkongsi rezeki dengan anak-anak kecil yang hadir ke taman tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @faridsinclair, penyampai radio berumur 38 tahun itu sedang berjalan sambil menghulurkan wang RM5 kepada pengunjung cilik.

Selain itu, pemilik nama Mohd. Yazid Lim juga sempat melayan dan berborak ringkas dengan orang ramai.

Video:

@faridsinclair

Semoga di murahkan rezeki #piknikhotfm #picnic #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypviralシ #kualalumpur #malaysia #tiktok #fyppppppppppppppppppppppp #viral #hotfm #johan

♬ original sound – Farid Sinclair – Farid Sinclair

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon filem Abang Long Fadil 3 (ALF3) ini seorang insan yang pemurah.

Di samping itu, peminat turut mendoakan agar Johan sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Sekadar info, Johan dan Ozlynn berkahwin pada tahun 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai enam cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*