Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.
Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.
Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @anaksolehumiabi, kelihatan dua orang kanak-kanak yang sedang bersedia untuk menunaikan solat.
Namun apa yang mencvri perhatian ialah cara laungan iqamah dan ayat Al-Quran yang dibacakan seakan pelat, kerana menurut ibunya kanak-kanak tersebut tidak boleh menyebut huruf R dengan betul.
“Budak2 ni dorg blajar drpd apa yg dorg tgok stiap hari,” tulis @anaksolehumiabi menerusi video.
Video:
@anaksolehumiabi Budak2 ni dorg blajar drpd apa yg dorg tgok stiap hari😅 #anaksoleh #fypage
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 582.7k tontonan, 45.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok anaksolehumiabi
Leave a Reply