“Berikan diri anda peluang kedua”
Begitu nasihat yang diberikan pelakon Nad Zainal kepada seorang pengikutnya yang bertanyakan pendapat tentang masalah hubungan perkahwinan yang dihadapi individu berkenaan.
Nad atau nama asalnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi nasihat itu menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories baru-baru ini.
Individu yang tidak kenali identitinya itu memberitahu kepada Nad bahawa dia sudah cukup lama bertahan dengan sikap pasangannya lalu meminta nasihat daripada aktres itu.
“Saya dalam fasa bertahan atau pergi, jika pergi saya tiada apa-apa, bermaksud saya perlu memulakan hidup saya dari awal semula, jadi apa pendapat awak?” tanya individu berkenaan.
Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu turut berkongsi kata-kata “Ambil nafas, hembus dan move on” pada hantaran yang sama.
Terdahulu, Nad mengesahkan sudah berc3rai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin pada Sabtu.
Nad bagaimanapun enggan mended4hkan punca sebenar rumah tangga yang dibina bersama suami sejak Disember 2015 musn4h.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply