Mak mentua India, makanan berp4ntang dimasak ‘Chinese style’! Doktor syukur dijaga baik keluarga 1Malaysia selepas bersalin

PERKAHWINAN campur tidak mengira bangsa sudah jadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita selari dengan peredaran zaman.

Cab4ran untuk memahami budaya lain pastinya ada, justeru toleransi dan sikap saling hormat menghorm4ti antara pasangan dan keluarga amatlah penting bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Begitulah yang dapat dilihat menerusi video dikongsikan Dr Siti Hajar Md Hanif semasa ibu mentuanya yang berbangsa India, Thaivanai A/P Muniady membantu menguruskan dirinya ketika berpantang selepas bersalin pada 30 Jun lalu.

“Saya bersalin anak ketiga tahun ini. Sebelum tu memang dah rancang, masa pantang mak mentua datang dari Perak jaga saya.

“Dua minggu sebelum bersalin lagi dia dah datang sebab masa tu saya memang sarat. Dia tolong masak untuk saya yang makin tak larat nak bergerak, siap bantu uruskan budak-budak (cucu) nak pergi sekolah.

“Bila dah bersalin, dia sambung jaga saya. Masak masakan pantang, siapkan air mandian herba, mengasuh baby masa saya berurut. Kemas rumah dan basuh pakaian kotor pun dia tolong buat,” ujarnya kepada mStar.

Lebih menarik lagi, Dr Siti Hajar memberitahu, suaminya merupakan mualaf selepas memeluk Islam pada 2014 dan kini bernama Iskandar Chai Yoong Sang.

Bercerita lanjut mengenai keunikan keluarganya, wanita berusia 36 tahun itu berkata bapa mentuanya berbangsa Cina dan beragama Kristian manakala ibu mentuanya berbangsa India dan beragama Hindu.

Mengimbas mengenai proses berpantang, Dr Siti Hajar berkata Thaivanai menguruskan dirinya mengikut cara Melayu tetapi memasak masakan masyarakat Cina.

Dr Siti Hajar (kiri) dan suami (kanan) bersama ibu bapa mentua serta anak-anak ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

“Ibu mentua biasanya masak ikan atau ayam kukus, ikan masak taucu, udang masak kam heong dan sup ayam untuk hari biasa atau sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina. Waktu pantang, dia masakkan saya ayam kukus bersama kurma merah dan goji berry.

“Ibu memang pandai masak masakan tu semua sebab lepas kahwin dulu dia duduk dengan ibu mentua berbangsa Cina. Masa p4ntang ibu mentua dia yang jaga, jadi dia banyak belajar masak ikut cara orang Cina.

“Walaupun berlainan amalan dan budaya tetapi sebenarnya tak banyak beza pun cara berpantang tiga bangsa ni. Kelainan pada masakan saja sebab saya pun tak ikut betul-betul pantang macam Melayu zaman dulu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menurutnya yang menetap di Kota Damansara, Selangor, ini merupakan kali kedua ibu mentua membantu dalam menguruskan dirinya sehingga hari ke-30 berp4ntang.

Dalam pada itu, Dr Siti Hajar turut menzahirkan rasa syukur bersalin secara normal dan tiada sebarang jahitan diterima.

“Berbeza dengan berp4ntang dahulu, sekarang saya rasa keadaan diri lebih baik berbanding melahirkan dua anak sebelum ni.

“Tapi ibu mentua tetap banyak tolong jaga anak-anak sebab minggu pertama pantang tu mereka dua-dua terkena influenza A jadi agak menc4bar nak uruskan anak dan suami yang tak sihat dalam keadaan macam ni,” ujarnya lagi.

Dr Siti Hajar bersama ahli keluarganya.

Susulan perkongsian di Facebook, rakaman menunjukkan ibu mentua yang sibuk menguruskan cucunya telah ditonton lebih 1 juta kali.

Melihat kepada keprihatinan wanita itu membuatkan ramai meluahkan rasa cembvru.

“Saya rasa bersyukur dapat ibu mentua baik, prihatin dan penyayang. Bukan masa pantang saja dia jaga, bila balik kampung selalu dia tanya nak makan apa sebab memang pandai memasak.

“Bila post video tu kebanyakan mereka tumpang gembira bila tengok ibu mentua beri layanan baik macam tu walaupun berbeza agama. Ada juga yang lu4hkan rasa cembvru dan sedih sebab bukan setakat mak mentua, tapi keluarga sendiri pun tak sudi nak jaga waktu pantang,” jelasnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*