“Nak Ummi & Daddy” -Jawapan Anak Shakilla Bila Ditanya Mahu Apa Di Syurga, Bikin Seb4k

Kita biasa dengar bahawa anak-anak kecil bila berbicara, setiap apa yang dituturkan adalah lahir dari hatinya yang suci dan penuh keikhlasan. Ini membuatkan kadang-kadang kita sebagai ibu ayah tersentuh hati dengan setiap jawapan yang diberikan oleh anak-anak kita.

Baru-baru ini Shakilla Khoriri ada berbual santai dengan anak perempuannya Nur Ameena Sofia yang sedang menggenakan telekung untuk menunaikan solat. Perbualan mereka anak beranak lebih kepada tentang kebaikan solat dan syurga.

Namun apa yang lebih menyentuh hati dan menarik perhatian netizen hingga menyebabkan berasa seb4k dan mengalirkan air m4ta, bila Shakilla bertanyakan anaknya apa yang dinginkan di syurga.

Si kecil itu terus menjawab, dia hanya mahu ummi dan daddy sahaja dan terus berlalu di sejadah yang telah terbentang.

Nyata momen yang dikongsikan oleh Shakilla ini menatik tumpuan netizen.

Video:

@shakillakhoriri

Kadang ada masa-masa yang buat aku mati kata. Terdiam seribu bahasa. Berlegar-legar mencari ayat. Speehless. Semoga yang baik-baik je untuk anak ni 🤍 #AmeenaSofiaSK

♬ original sound – shakillakhoriri – shakillakhoriri

Meninjau di ruangan komen, siapa sangka kata-kata yang diucapkan semasa bersembang dua beranak ini membuiatkan ramai berasa seb4k. Lebih-lebih lagi di usia sekecil itu, dia seakan telah faham keadaan hubungan ibu ayahnya dan terus berharap kebaikan untuk keduanya.

Terdahulu sebagaimana semua sedia maklum tentang perpisahan yang terjadi di antara Shakilla Khoriri dan Fizi Ali sebelum ini dan urusan anak mereka sepakat untuk menjaga Ameena secara bersama-sama.

Jika salah seorang perlu bekerja atau ada urusan, bekas suami atau isteri berkenaan akan bergilir-gilir mengambil Ameena.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*