Menitis air m4ta jatuh dalam nasi! Si bongsu men4ngis kena ‘pr4nk’ keputusan SMU tak cemerlang… Mak ayah pun suka meny4kat

Drama air m4ta keluarga ini nampaknya bukan biasa-biasa apabila berjaya meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Rata-rata mengagumi keikhlasan kasih sayang dan keakraban yang ditunjukkan mereka sekeluarga walaupun tujuan asal rakaman video yang tular itu adalah untuk mengus1k atau pr4nk!

Bercerita kepada mStar, Nur Aib Shuib berkata video itu dirakam pada 14 Ogos lalu ketika dia bersama ibu bapa dan seorang lagi adik perempuannya melakukan pr4nk terhadap adik bongsunya, Mohd Shahrul Shuib sehingga mengalirkan air m4ta.

“Saya dan keluarga pergi melawat adik dekat asrama di sekolah Maahad yang terletak di Klang. Tujuan kami sebab nak beritahu tentang keputusan Sijil Menengah Ugama (SMU) dia bagi peperiksaan tahun lepas.

“Masa tengah makan tu tiba-tiba dia ada tanya mengenai keputusan tu. Awal tu memang kami dah rancang nak buat kejutan beritahu keputusan. Kami pr4nk nak cakap ada satu subjek gagal.

“Selepas beritahu nama nama dia tak tersenarai dalam kalangan Mumtaz (cemerlang), kami suruh adik reda dengan apa jua keputusan. Tak sangka pula dia akan men4ngis ketika makan tu,” imbasnya.

Kata anak sulung daripada tiga beradik ini, setelah ditenangkan akhirnya si adik reda serta akur dengan ketentuan yang ditetapkan.

Selepas selesai men4ngis, adik yang masih lagi tidak tahu dengan rancangan pr4nk itu kemudiannya meminta maaf kepada kedua-dua ibu dan bapa kerana kes4l tidak dapat berikan yang terbaik.

Shahrul merupakan anak bongsu dalam keluarga.

Namun jelas Ain yang menetap di Petaling Jaya, Selangor, keluarganya tidak sanggup untuk teruskan pen1puan lalu mereka akhirnya memberikan slip keputusan peperiksaan.

“Masa angah mengus1k dia tu kami dah tak tahan lagi jadi kami berikan slip keputusan tu supaya dia dapat tengok sendiri. Lepas dia dah lihat sendiri, dia terus bangun salam dan pelvk abah dan ibu sambil men4ngis.

“Waktu tu ibu sempat pesan yang perjuangan dia masih lagi belum berakhir dan panjang. Masa tu semua orang pula men4ngis tengok momen tu,” kata Ain lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berikutan perkongsian Ain di TikTok yang menjadi tular, rata-rata netizen turut mengagumi kemanisan hubungan kekeluargaan ditunjuk mereka.

Dalam pada itu, Ain sempat menitipkan pesan buat adiknya yang mahu melanjutkan pelajarannya ini ke peringat lebih tinggi iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.

Ain (belakang, kanan) bersama ahli keluarganya.

“Untuk adik dan orang di luar sana, kejayaan kita pada hari ini bukanlah sebab kita seorang yang hebat atau pandai.

“Ketahuilah bahawa semua yang kita peroleh ini adalah berkat doa-doa orang yang dibelakang kita, sentiasa mengingati kita,” ujar Ain menutupi kisahnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*