“Risaukan Adiknya Nak Bersalin, Rupa-Rupanya Dia Pergi Dulu,” –  Abang Sulung Uyaina Arshad Men!nggal Dun!a

 

Khabar duka dikongsi oleh pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad pada pagi 19 Ogos 2022 mengenai pemergian abang sulungnya ke negeri abadi. Menerusi satu hantaran di Instagram, Uyaina memaklumkan yang abangnya, Mohd Attaful Uzair bin Arshad meningg4l dun!a sama usia dengan arw4h bapanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina meluahkan kata mengenai abang sulung kesayangannya itu. “Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta.Orang baik selalu pergi dulu. Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.

“Lepas arw4h Baba meningg4l, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk Ummi.

“Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang.Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama-sama. Bersembang macam-macam. Gelak sama-sama. Macam-macm juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arw4h Baba sewaktu dia meningg4l dun!a,” ujarnya.

Lebih menyentuh hati, dalam perkongsian itu juga Uyaina yang kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya berkongsi bahawa abangnya meningg4l dun!a pada hari jadi ibunya sendiri.

Mohd Attaful Uzair bin Arshad (kanan sekali) ketika majlis perkahwinan adik bongsunya, Uyaina.

Luahnya, “Rasa terlalu per!t dan s4kit nak diungkap dengan kata-kata. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan dar4h dag!ng yang terlalu kami sayang.Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar.

“Abangku Uzair, sem0ga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*