Lakonkan B4bak Mesra Dengan Pelakon Wanita, Isteri Alif Satar Tak Letakkan Limitasi

Selebriti versatil, Alif Satar mended4hkan isterinya, Shad Dila Halid menyerahkan segala tanggungjawab lakonan atau bab4k mesra dengan pelakon wanita kepada dirinya.

Kata Alif, isterinya memahami dan percaya dia seorang yang tahu akan limitasi sebagai seorang suami dan bapa.

“Dia seorang isteri yang sangat memahami dan dia tidak meletakkan limitasi kerana dia percaya saya tidak akan mel4mpaui batas.

“Saya sendiri akan menjaga batas bila berlakon dengan pelakon wanita,” katanya kepada Astro Gempak.

Pelakon Dia Semanis Honey itu ditemui selepas sidang media Hausboom Music Concert yang berlangsung di The Finch, Kuala Lumpur pada Isnin.

Walaubagaimanapun, Alif memberitahu sebagai seorang yang beragama Islam dia akan cuba mengelak bab4k mesra yang perlu bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Setakat ini saya cuba cari cara lain untuk menunjukkan rasa mesra dengan pelakon wanita terutama bila berlakon watak suami isteri.

“Jika boleh saya elak dari bersentuhan dan bila perlu berpegangan tangan pun cuba berlapik. Bagi saya ikut keselesaan sesama pelakon.

“Bagi saya sebenarnya senang saja sebagai pelakon kena tahu guna simbolik sahaja malah perkataan yang kita cakap pun dah cukup untuk membeli imaginasi penonton.

“Lagipun saya kena sedar saya orang Islam dan netizen sekarang pun dah bijak menegur apa yang mereka rasa tak sesuai,” jelasnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*