Dalam konteks Islam, hidayah membawa maksud petunjuk Allah ke arah kebenaran. Hidayah juga adalah sesuatu yang amat berharga dan tinggi nilainya dalam kehidupan manusia amnya dan Muslim khasnya.
Jadi, sebagai insan yang mahukan kebenaran untuk membina hidup di atas landasan sirotul-mustaqim, pastinya akan memohon dan mengharapkan hidayah daripada yang maha Esa.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan hidayah itu, umat Islam perlulah berusaha bagi memperolehinya.
Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh pendakwah Ustaz Haris, beliau telah tampil menerangkan bagaimana seseorang itu boleh mendapatkan hidayah:-
“Ya Allah, janganlah engkau balikkan hatiku, selepas kau beri hidayah kepadaku,” doa yang dinasihatkan ustaz supaya ramai boleh mengamalkannya
Sementara itu, antara cara-cara lain untuk mendapatkan hidayah termasuklah:-Taat perintah Allah seperti sentiasa menunaikan solat lima waktu
- Sentiasa menjauhi larangan Allah seperti menjauhi pergaulan bebas
2. Menjaga hubungan sesama manusia dengan akhlak mulia
3. Menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
4. Bergaul dengan alim ulama
5. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkan isi kandungan
Semoga dengan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan dapat dipanjangkan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan..
View this post on Instagram
Sumber video: Instagram Haris Ismail
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HOT.FM
Leave a Reply