PETALING JAYA: Pelakon, Wan Sharmila tidak mengambil serius us!kan warganet yang berterusan cuba ‘menjodohkannya’ dengan pelawak Shuib, terutama selepas dia memanggil ibu kepada usahawan berjaya itu sebagai ‘Mama’.
Jelas Wan Sharmila, ibu Shuib, Salamiah Jalani yang mahu dirinya dipanggil Mama dan dia memenuhi permintaan itu sebagai tanda menghormati orang yang lebih berusia.
“Ibu Shuib yang suruh panggil Mama. Takkan saya nak menolak, nanti dianggap kurang sopan pula. Dia sudah bahasakan diri Mama, jadi saya turutkan sahaja.
“Saya tidak rimas pun apabila warganet terus menerus mahu menjodohkan saya dengan Shuib. Terpulang, hak masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia.
View this post on Instagram
Nama Wan Sharmila dikaitkan dengan Shuib apabila video dia memanggil ibu kepada pelawak itu dengan geIaran Mama tular.
Sehubungan itu, segelintir warganet mencetvskan spekulasi kononnya ibu Shuib memberi bayangan pelakon itu bakal menantunya.
Ditanya apakah status sebenar dirinya sekarang, Wan Sharmila menjawab, dia masih solo.
“Saya masih single,” katanya.
@amysalmi22 biar gambar brbicara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber; UTUSAN
Leave a Reply