Daphne Iking Cerita Transisi Pakai Tudung, Tak Selesa Kalau Tak Pakai

“Alhamdulillah, suami menyokong meski awalnya dia agak ragu-ragu.” Demikian kata hos terkenal, Daphne Iking yang meluahkan rasa syukur selepas benar-benar berhijab sepenuhnya sejak Oktober tahun lalu.

Daphne Iking, 43, bagaimanapun tidak mahu menipu dan menjelaskan asbab dia mengenakan tudung adalah kerana mahu menutupi uban di kepala pada awalnya. 

“Bapa saya men1nggal dun1a akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti kesedaran mengenai peny4kit berkenaan. Rambut saya panjang dan berhasrat untuk mendermakannya kepada sebuah organisasi kebajikan k4nser.

“Tapi untuk berbuat demikian, tak boleh warnakan rambut atau lakukan sebarang peraw4tan kimia selama enam bulan. Dalam tempoh itu, saya mempunyai uban. Kalau berada di rumah, okaylah sebab ia hanya dilihat suami dan anak-anak.

“Kemudian kita sudah diberikan kelonggaran untuk keluar selepas penguatkuasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan saya perlu hadiri satu majlis bertemakan warna ungu. Saya berdandan dan nak pastikan uban tidak terlihat, saya pakai turban.

“Tapi saya tidak ada turban warna ungu lalu pakai shawl saja. Bila pakai ia akan ‘terpeleot keluar’, saya jenis kasar. Saya pun kenakan topi selam (diving cap),” katanya.

Menyifatkan proses yang berlaku itu dipermudahkan, Ibu kepada empat cahaya mata ini akui rasa janggal sekiranya ‘free hair’.

“Proses itu berterusan sampai Ramadan dan bila tiba hari raya, rasa janggal buka tudung. Saya kembali berselendang ala gaya Grace Kelly. Seminggu kemudian saya pergi berenang dan berb1kini. Tapi saya rasa ‘bog3l’ sangat.

“Seganlah… sudah berumur nak pakai macam Halle Berry. Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai ‘baju diving’. Transisinya daripada situ kemudian saya beritahu suami untuk jual semua baju s3ksi,” katanya lagi.

Ditanya sejauh mana keselesaannya mengenakan hijab, Daphne senang tampil sedemikian kini.

“Rasa bog3l kalau tak pakai. Oleh kerana saya turut kerap buat sesi temubual secara virtual, paling tidak saya akan sarung anak tudung dengan topi. Sekurang-kurangnya ia menutupi,” katanya lagi.

Akui bukan mudah istiqamah, pengacara asal Keningau, Sabah ini pada masa sama mahu menumpukan pengisian r0hani terlebih dahulu dan terbuka sekiranya peminat menerima ia seadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mediahiburan.my/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*