Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, 64, menganggap gelaran ‘lagenda nombor satu’ yang diberikan kepadanya itu sebagai keterlaluan.
Chef Wan berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya selepas foto papan iklan tersebut dihantar kepadanya oleh seorang rakan yang pada ketika itu berada di Jonker Street, Melaka.
“Jujur saya cakap, saya memang tak suka semua perkataan legenda nombor satu negara dan macam-macam lagi.
“Kenapa lah PR Co saya pergi letak semua itu kerana ia hanya akan memalukan saya.
“Walaupun sudah lebih 30 tahun dalam industri ni tetap ramai yang tanya kenapa tak guna Datuk dan Doktorat dan ia selalu berlaku, terlampau kerap.
“To me dah dapat gelaran itu sudah lah… tak perlu dicanang sangat. Mereka semua dah tahu,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Chef Wan juga memaklumkan, sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak menggunakan gelaran itu, dia sedikit pun tidak akan berasa kec3wa.
Bahkan, pemenang gelaran Best Celebrity Television Chef of the Gourmand World Cookbook Awards ini berharap agar jika selepas ini terdapat mana-mana papan iklan dan sebagainya yang menggunakan namanya perlulah mendapat kelulusan daripada beliau terlebih dahulu.
“Jika mereka tidak gunakan gelaran itu tidak mengapa, saya tidak akan berasa kecewa.
“Lepas ini kalau nak keluar iklan macam ni mesti revert kepada saya terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan. Saya bukan nombor satu tapi saya cuma Chef Wan,” jelasnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau tertarik dengan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh figura masakan ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : xtra.com.my
Leave a Reply