“Mohon Allah Berikan Kekuatan,” – Masuk H0spital, Jasmin Hamid Risaukan Keadaan Menantu & Kandungannya

Pelakon senior, Jasmin Hamid memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesihatan menantunya, Fieza Fizzry yang kini difahamkan sedang dirawat di h0spital.

Menurut Jasmin, menantunya itu dilaporkan mengalami komplikasi pada bahagian paru-parunya.

“Mohon ehsan kalian panjatkan doa pada Allah untuk MENANTU saya FIZA,yang berada di ward maternity kerana ada komplikasi pada paru-parunya untuk segera sembuh,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama 7 Hari Mencitaiku 3 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Dalam pada itu, Jasmin turut berharap agar keadaan menantu dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Semoga Allah berikan kesembuhan secepat mungkin dan pelihara kesihatan menantu dan baby dalam kandungannya.

Terima Kasih di atas doa kalian.

“Mohon Allah berikan kekuatan buat kami sekeluarga untuk menjalani ujianNya ..

ALLAH MAHA BAIK,” kongsinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Jasmin dan seluruh ahli keluarganya.

Terdahulu, Fieza merupakan isteri kepada anak angkat Jasmin, Lukhman Hakim. Luqman dan Fieza telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2020.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*