BAGAI ditatang minyak yang penuh.
Demikian gambaran kasih sayang yang dicurahkan datuk dan nenek kepada anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini selepas kedua-dua orang tuanya berpisah.
Mengakui tidak pernah merasa kekurangan kasih sayang, Nor Darwina Che Ismail berkata dia bersyukur apabila mendapat sepenuh perhatian daripada datuk dan nenek yang menjadi ‘pengganti’ ibu dan ayahnya.
Mengimbas kembali kehidupan yang dilalui sejak kecil, Darwina yang kini berusia 30 tahun memberitahu, pelbagai kenangan manis tercipta sehingga arw4h nenek yang dipanggil ‘mok’ menghembvskan n4fas terakhir pada 20 Jun 2020.
“Mok terlalu manjakn saya. Sejak kecil, saya tak pernah tidur sendirian, saya tidur bersama mok dalam kelambunya… malahan ia berlarutan sehingga saya sudah berkahwin.
“Semasa tadika, mok yang hantarkan saya ke sekolah. Saya pernah men4ngis nak balik rumah sebab t4kut kalau dia tak teman.
“Kalau mengaji al-Quran pula, mok pastinya akan menjemput saya dari rumah sepupu… setiap malam selepas Isyak kecuali hari Jumaat,” lu4hnya memulakan bicara kepada mStar.
Terdahulu Darwina berkongsi kisahnya dan foto-foto kenangan bersama neneknya, Mekwok Awang Hamat di TikTok hingga meraih lebih 255,000 tontonan.
Bercerita lanjut, Darwina berkata dia dan neneknya juga berkongsi minat yang sama iaitu kedua-duanya meminati drama bersiri kepolisan, Gerak Khas.
Walaupun tidak mempunyai televisyen di rumah, mereka akan bersama-sama berkunjung ke rumah sepupu Darwina bagi menonton rancangan yang tersebut.
Menurutnya lagi selain nenek, rumah kampung tersebut turut dihuni oleh bapa saudaranya yang dipanggil pokteh.
Mok memangku anak Darwina.
Tambah Darwina, ketika dia melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) selepas tamat tingkatan 6, neneknya itu sentiasa men4ngis kerana terp4ksa berjauhan.
“Sejak belajar di sana, saya jarang berjumpa mok… hanya balik kampung pada cuti semester.
“Setiap kali saya hubunginya, pokteh akan jawab dan maklumkan bahawa Darwina telefon. Saya akan dengar kata balas daripadanya ‘bila nak balik?’.
“Kalau saya cakap lagi dua minggu, dia akan menghitung setiap hari sehingga tarikh saya pulang. Setiap kali saya nak pulang ke universiti, mok pasti akan men4ngis,” ujarnya yang kemudian mendirikan rumah tangga semasa pertengahan pengajian.
Tambah Darwina, selepas mengetahui dia ingin berkahwin dengan jejaka pilihan, neneknya merupakan individu yang paling gembira.
Malahan tidak menghalang keputusan yang dibuat.
“Dia langsung tak halang kerana gembira sebab boleh tengok saya kahwin,” katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur bersama suami dan dua orang cahaya mata.
Darwina bersama mok dan pokteh.
Meskipun sudah berkahwin, dia tidak pernah mengabaikan nenek dan pakcik saudaranya yang berada di kampung.
Setiap waktu terluang pasti akan dihabiskan untuk kedua-dua insan berkenaan.
Pun begitu, kegembiraan mereka diuji apabila w4bak c0vldl9 melanda yang meng4kibatkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Masa PKP, saya tak balik raya kat kampung dan itulah pertama kali berlaku. Nenek langsung tak faham tentang w4bak yang melanda.
“Nak cerita pun susah sebab telinga dia tak dengar sangat. Ada dia cakap kat pokteh ‘Darwina tak balik kampung sebab tak ada duit’. Padahal masa tu sebab PKP yang tidak dibenarkan merentas negeri.
“Sebelum tu dia banyak kali suruh saya balik kampung sambil men4ngis. Dua tahun juga tak balik kampung, lepas dapat tahu boleh rentas negeri… saya terus pulang kerana tak sabar nak jumpa mok.
“Tapi bila sampai kampung, nenek tidur sahaja. Pokteh cakap dia tidur sejak pagi sampai saya balik jam 6 petang.
Mok gembira melihat perkahwinan Darwina.
“Masa tu dia suruh buka lampu dan tanya siapa saya… mungkin tak cam masa tu kerana dah lama tak berjumpa. Mok juga menyangkakan bahawa saya anak bongsunya yang menetap di Melaka,” lu4h Darwina sed1h.
Keesokan harinya, nenek kelihatan penat jadi ambulans dihubungi untuk mengambilnya di rumah.
Pada masa tu, doktor bertanyakan sama ada ingin nenek dimasukkan ke wad atau tidak.
View this post on Instagram
“Saya minta wad dulu sehari nak tengok keadaan dia yang kelihatan puc4t dan sangat penat. Dengan harapan lepas masuk air apa semua dia akan kembali sihat.
“Masa kat wad kecem4san saya masuk sekejap tengok keadaan dia. Masa tu sebak sangat sebab mok genggam tangan dan tak mahu lepas. Tapi doktor tak bagi duduk lama dalam kecem4san kerana ramai orang.
“Petang tu mok masuk wad biasa. Dia cakap apa pun saya dah tak faham, dia tunjuk-tunjuk pun saya tak tahu,” katanya seb4k.
Selepas berada di wad selama sehari, neneknya dibawa pulang ke rumah.
Doktor ada nyatakan supaya persiapan termasuk svsu, lampin pakai buang disediakan berikutan nenek tidak dapat makan seperti biasa.
Mok sentiasa aktif walaupun usianya sudah melebihi separuh abad.
Pada waktu itu, umur nenek pun sudah menjangkau 92 tahun.
“Masa tu suami dengan sepupu pergi ambil mok kat h0spital. Saya kemas rumah sebab nak sambut mok dan memang berhasrat nak tinggal di kampung untuk menjaganya.
“Apabila sampai kat rumah… saya tengok mok dah tak bergerak dan memberi sebarang respons. Selepas suami periksa, rupanya mok dah men1ngg4l dvnia semasa dalam perjalanan,” katanya yang terkejut kerana nenek tidak mengalami s4kit yang lama dan men1ngg4l pada hari Jumaat kira-kira pukul 2.30 petang.
Sungguhpun sedih, namun Darwin terp4ksa menerima ketentuan Ilahi.
Malah katanya, perkara yang tidak dapat dilupakan adalah pesanan neneknya supaya tidak mengambil barang orang.
Tambahnya, sehingga kini dia masih terikut dengan tingkah laku nenek yang akan bertanya milik siapa andai terjumpa sesuatu benda seperti syiling walaupun hanya 10 sen.
Selain itu, neneknya juga sering memberi tetamu ‘hadiah’ seperti buah-buahan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply