SUAMI yang baik merupakan satu rezeki yang tidak ternilai buat para isteri.
Setiap isteri atau wanita pastinya berasa sangat bahagia apabila mengetahui bahawa pasangannya sentiasa bertanggungjawab dan menyayangi terhadap dirinya.
Wanita juga akan merasa istimewa dan dihargai apabila diberi layanan penuh dengan kasih sayang. Kadangkalanya, cara lelaki menunjukkan kasih sayang jauh berbeza daripada jangkaan wanita.
Seperti baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok @papan4kal yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Axia mempamerkan nota pada cermin belakang untuk makluman para pengguna jalan raya yang lain.
Nota tersebut bertulis, “Maaf lambat jalan. Isteri saya baru lepas bersalin czer. Terima kasih.”
Apabila terbaca nota tersebut, fahamlah pengguna jalan raya bahawa di dalam kereta tersebut ada ibu yang baru bersalin secara pembed4han.
Tindakan sedemikian dapat mengelakkan para pengguna jalan raya berasa ber4ng dengan cara pemanduan yang perlahan.
Video:
@papan4kal trbaik abg nie,smoga dmurah kn rezeki,smoga ank abg nie mnjadi ank y soleh solehah.maff sbb rakaman ini….. #abgaxia
Selain daripada mengelakkan kesabaran pengguna jalan raya teruji ak1bat pemanduan yang perlahan, tindakan si suami yang menampal nota tersebut pada kereta itu memperlihatkan dia adalah suami yang prihatin terhadap keperitan yang ditanggung isterinya selepas bersalin secara pembed4han.
Tindakan itu juga telah mencvri perhatian ramai dan warga maya berasa amat terharu melihat usaha si suami itu.
Menjengah ruangan komen, ramai ibu-ibu yang pernah bersalin secara pembedahan turut berkongsi perasaan betapa peritnya menahan kes4kitan selepas bersalin.
Jadi, apabila ada suami yang memahami seperti lelaki itu, pasti mendamaikan jiwa dan rasa dihargai.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my
Leave a Reply