Pelakon cantik Amelia Henderson sentiasa mencvri tumpuan wargamaya di media sosial.
Nak masuk meminang
Baru-baru ini, Amelia, 27, berkongsi sebuah video di TikTok yang memaparkan transisi penampilannya daripada sekadar memakai ‘bathrobe’ kepada gaun untuk ke pantai.
Susulan rakaman terbabit, ada peminat yang bergurau ’nakal’ apabila melu4hkan keinginan untuk masuk meminang.
Kalau (aku) millionaire ni, aku dah masuk meminang dah ni.
Perasan dengan kewujudan komen itu, pemilik nama Amelia Thripura Henderson membalas secara ‘halus’ dengan menyatakan individu yang bergelar jutawan belum tentu berjaya memenangi hatinya.
Kalau millionaire (berstatus jutawan) sekali pun, tak semestinya ada peluang ya.
Video:
@ameliath boogie wonderland 🕺🏻
Kenyataan itu mendapat reaksi dari pengikut yang rata-ratanya bersetuju dengan Amelia sehinggakan ‘dibawa’ ke Twitter.
Pelakon drama rantaian Kisah Cinta Kita itu membuat ciapan dengan menulis, “Golongan wanita bukan objek untuk dijual!!”
Pada tahun 2018, pelakon kacukan India-Scotland itu mended4hkan, dia dan bekas suaminya, Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar sudah berpisah, namun enggan berkongsi tarikh sebenar mereka membawa haluan masing-masing.
Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply