“Ni baru couple goal,” – [VIDEO] Ramai tersentuh bila tengok pasangan warga emas ‘sweet’ di taman

Indahnya sebuah perkahwinan apabila cinta yang disulam sewaktu selepas akad nikah kekal hingga ke hujung usia.

Menikmati bahagia bersama, melihat anak-anak dan cucu membesar depan mata. Kebahagiaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata apabila dapat meniti usia bersama pasangan tercinta.

Selain itu, perasan tak kalau zaman atuk dan nenek, perkahwinan mereka kebanyakannya berkekalan cukup lama sehingga puluhan tahun. Tak usah pergi jauh, tengok sahaja orang tua sendiri di kampung. Samalah juga dengan sepasang warga emas ini yang sempat mencvri perhatian di TikTok.

Menerusi satu video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @amirulhakimp, dapat dilihat sepasang suami isteri warga yang difahamkan sedang bersiar-siar di sebuah taman.

Menurut pemilik video, pasangan warga emas itu difahamkan melakukan swafoto dan menerusi video dapat dilihat mereka bersama-sama memilih gambar yang terbaik.

Lebih menyentuh hati, si isteri yang difahamkan mengalami masalah kesihatan sehingga tidak boleh berjalan ditolak oleh si suami menggunakan kerusi roda lalu mereka meninggalkan taman tersebut.

“Ya Allah ini baru betul bahagia,” tulis @amirulhakimp di ruangan kapsyen.

Video:

@amirulhakimp

Ya Allah ini baru betul bahagia 🥹#fyp #fypmalaysia🇲🇾

♬ Until I Found You – Stephen Sanchez

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 123.6k tontonan, 15.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata tersentuh melihat betapa romantiknya pasangan warga emas tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok amirulhakimp

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*