Keserasian pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran membuatkan ramai mahu melihat mereka bercinta di dunia realiti sehingga ke jenjang pelamin.
Tidak melatah dengan usikan tersebut, Kamal berkata dia berterima kasih buat mereka yang mendoakan agar dia bertemu jodoh dengan Uqasha. Ujarnya, dia tidak menolak andia dijodohkan dengan Uqasha.
“Sebelum ini untuk drama Setelah Terlafaznya Akad dan baru-baru ini, pula kami ‘shooting’ selama tiga bulan di Kuantan dan Terengganu, ia sama sekali buatkan kami lebih rapat.
“Yang mendoakan saya agar berjodoh dengan Uqasha, diucapkan terima kasih dan alhamdulillah. Namun saya tak menidakkan, jika ada jodoh dengan dia, saya terima. Kalau ada jodoh oklah,” katanya.
Pernah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaan, Kamal berkata dia tidak mahu lagi membuang masa untuk menjalin hubungan cinta. Ujarnya, dia mahu terus berkahwin jika sukakan seorang wanita.
“Sekarang kalau dah ada pasangan yang sesuai, saya tak nak buang masa bercinta bagai. Rasa suka sahaja, terus kahwin. Perkara yang lalu biarlah berlalu dan saya anggap tiada jodoh. Tak perlulah, dikenang lagi,” katanya.
Mengulas mengenai video pengarah Michael Ang memuat naik kesahihan gosip yang mengatakan dia dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan, Kamal menafikan perkara itu dan menganggap sekadar gurauan.
“Dia sengaja buat cerita dan benda ini tak betul. Takkanlah waktu sh00ting kami sempat nak pergi. Lagipun dalam keadaan Covid-19 ini, mana ada kursus kahwin dianjurkan. Jangan percaya. Dia hanya bergurau.
“Sebenarnya, sekarang pun saya tak boleh fikir apa-apa dengan Cov1id-19 yang masih membelenggu kita. Saya bersyukur kerana masih ada peluang untuk terbabit penggambaran dan ada pendapatan,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Rotikaya
Leave a Reply