MEMIKUL tugas sebagai ketua keluarga merupakan satu tanggungjawab besar.
Adakalanya, beb4nan yang digalas oleh seorang lelaki bergelar suami dan bapa membuatkan mereka rasa mahu menyerah.
Situasi inilah yang dapat dilihat menerusi perkongsian rakaman panggilan video antara Nadiah Ahmad Fauzi, 34, bersama suaminya, Ahmed Abuhassira, 36 yang ketika itu sedang men4ngis ketika mengusahakan sebuah kedai makan menjual nasi Arab di Pulau Langkawi, Kedah.
Ketika dihubungi mStar, Nadiah memperincikan semula kisah di sebalik video itu yang menyentuh perasaan warga maya setelah dimuat naik di media sosial.
“Video yang saya post tu daripada video call antara saya dan suami. Dia tengah bekerja siapkan bahan-bahan untuk memasak di kedai makan.
“Dia susah nak video call saya tambah-tambah masa dia tengah kerja. Tapi hari tu dia call… dia ingatkan saya supaya simpan baik-baik resipi makanan, sebab dia t4kut dia tak ada banyak masa.
“Waktu tu dia dah start rasa seb4k. Dia minta maaf kalau ada salah silap dengan saya. Katanya dia penat, tak cukup rehat… dan yang buat dia rasa sedih lagi dia beritahu rindukan mak dia di G4za. Dia cakap dia harap dia boleh pelvk mak dia masa ni,” imbas Nadiah mengenai butiran perbualan dia dan suami.
Dalam pada itu, Nadiah berkata ini merupakan kali pertama dia melihat suaminya bersedih kerana terlalu penat memendam rasa.
Ditambah pula dengan peristiwa kehilangan bapa pada bulan Mac lalu masih memberi kesan mendalam buat diri Nadiah sehingga bimbang perkara sama akan terjadi kepada suaminya.
Nadiah (kanan) bersama ahli keluarganya.
“Sebenarnya itulah pertama kali saya tengok suami betul-betul burnout (str3s di tempat kerja), breakdown (lemah) dan n4ngis macam tu sehingga buatkan saya terdiam dan sedar yang suami memang sangat penat dan banyak dia pendam perasaan dia.
“Sebelum ni dia tak pernah tunjuk, dia seorang yang serius jadi saya tak jangka langsung dia nak men4ngis tu buatkan saya rasa bersalah. Mungkin saya terlepas pandang tentang emosi dia.
“Ayah saya baru pergi meninggalkan kami tahun ni, dua hari selepas hari lahir saya. Sebelum ‘pergi’, arw4h ayah pun beri petunjuk sama. Tiba-tiba kerap video call, mesej dan bagi pesanan. Sebab tu saya jadi t4kut dan rasa bersalah dengan suami,” katanya.
View this post on Instagram
Bercerita mengenai alam perkahwinannya yang kini berusia tujuh tahun, antara kepayahan ditempuh apabila dia terp4ksa berhenti kerja kerana memilih untuk menjaga anak-anak di rumah.
Katanya, walaupun mereka berdua mengusahakan perniagaan kecil kecilan secara bersama, namun jika keadaan kewangan menjadi tidak stabil, dia mula rasa bersalah sehingga merasakan dirinya sebagai beban kepada suami yang berhijrah dari G4za, P4lestin ke Malaysia, 10 tahun lalu.
Anak-anak Nadiah hasil perkahwinan sepanjang tujuh tahun.
Berkenaan bisnes yang dijalankan, dia dan suami menjual nasi Arab sejak tiga tahun lalu.
Bermula dengan menjual makanan tersebut di bazar Ramadan, tepi jalan dan depan rumah, Nadiah dan Ahmed kini mampu menyewa sebuah kedai untuk terus mencari rezeki.
“Saya dan suami berniaga nasi Arab menggunakan resipi suami. Bermula dengan berniaga di bazar, lepas tu tepi jalan dan depan rumah waktu PKP. Sekarang kami dah mampu sewa kedai kampung.
“Macam-macam ujian dalam berniaga ni, tambah-tambah lagi suami ‘orang luar’. Dia kena ada permit bekerja, isu tempat meniaga lagi, ditambah pula kewangan tak stabil. Lagi-lagi sekarang ni harga barang semua naik,” kelvh Nadiah.
Nadiah dan suami pernah berniaga di tepi jalan sebelum menyewa kedai.
Berikutan perkongsian Nadiah di TikTok sehingga menjadi tular, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati melihat kepayahan si suami sehingga mengalirkan air m4ta.
Jelas Nadiah yang merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata, video tersebut dimuat naik sebagai peringatan untuk dirinya sendiri.
“Saya tak sangka video tu banyak orang tengok dan ramai betul yang bagi sokongan dan doa. Saya sangat terharu dan hargai semua pengikut yang tak putus-putus bagi semangat dekat kami.
“Di kesempatan ini saya cuma nak kongsi pandangan. Kita semua hanya manusia biasa, tak boleh lari dari perasaan sedih, penat, kecewa, m4rah dan sebagainya. Tak salah kalau kita nak menangis, untuk luahkan dan lepaskan beban di dada, yang penting kita bangun semula.
“Tambah pula macam kami yang ada anak-anak. Memang tak boleh putus asa, sebab itulah satu-satunya mata pencarian rezeki kami. Hargailah pasangan dan keluarga. Selalulah bertanya khabar, sokong yang mana kita mampu. Walaupun dengan doa, percayalah itu yang terbaik,” ujarnya menutupi kisah.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply