Amelia Henderson Kongsi Diri Terlvka, Peminat Bagi Kata Semangat – ‘Kami Akan Sentiasa Ada Untuk Awak’

Sebelum ini, ciapan sedih daripada pelakon Aedy Ashraf mencvri perhatian warganet apabila menggambarkan Renjana (panggilan Aedy kepada Amelia) sudah menjauhkan diri.

Luahan perasaan

Terbaharu, giliran aktres Amelia Henderson pula seakan memberi bayangan hubungan percintaan mereka sudah berakhir menerusi laman Twitter, pada Isnin.

Menurut Amelia, 27, dia sudah mencuba melakukan yang terbaik namun akhirnya diri sendiri yang terlvka.

Why is it that trying to be nice and do the right thing only ever gets me hvrt? (Mengapa mencuba untuk menjadi baik dan buat benda yang betul hanya membuatkan diri saya terlvka?)

Dalam hantaran yang berbeza, pemilik nama lengkap Amelia Thripura Henderson akui sudah letih untuk terus berpura-pura.

Cari kebahagiaan dengan cara sendiri

Luahan tersebut menarik perhatian golongan peminat yang risau dengan situasi Amelia dan Aedy. Rata-ratanya menitipkan kata semangat untuk model jelita ini di samping mendoakan agar urusan dipermudahkan Allah SWT.

Pada 27 Mac lalu, tular video yang memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan di Bukit Jalil.

Difahamkan, pasangan pelakon ini mula rapat selepas digandingkan bersama dalam sebuah drama terbitan TV3 berjudul Kisah Cinta Kita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Twitter @ameliath / Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*