Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza melu4hkan rasa syukur apabila hasratnya untuk membuka sekolah di G4za, P4lestin tercapai.
Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 43, impian itu sudah lama diimpikan dan akhirnya ia berjaya direalisasikan menerusi Yayasan Nurjiwa yang diasaskan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Menurut Siti, sekolah yang diberi sempena nama kedua-dua anaknya, Afwa & Afiyah itu menyediakan pendidikan awal dan hafazan buat kanak-kanak seawal usia empat tahun.
“Alhamdulillah saya gembira kerana ini sudah menjadi sesuatu yang saya ingin lakukan sejak dahulu lagi.
“Seperti yang kita maklum apa yang berlaku terhadap anak-anak ini di bumi G4za.
“Jadi kita nak anak-anak G4za ini berjaya dengan pendidikan serta adab yang baik.
“Sekolah ini ditubuhkan Yayasan Nurjiwa dan ia dikendalikan oleh wakil khas kami di G4za.
“Ini (kerja-kerja amal) juga sebagai bekalan akhirat saya dan suami,” katanya kepada MH.
Siti ditemui pada majlis sidang media showcase amal Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Heritage Club, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Showcase amal yang bakal diadakan pada 5 dan 6 November di Dewan Plenary, KLCC itu bertujuan untuk mengumpul dana Yayasan Nurjiwa termasuk sekolah di G4za.
Siti turut menjelaskan dia memperuntukkan sekitar RM10,000 sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar dan pengurusan sekolah seperti buku sekolah serta makanan.
“Saya cuba salurkan sumbangan pada setiap tahun sama ada sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa atau peribadi.
“Setiap wang yang diterima daripada persembahan, duta produk dan sebagainya saya akan bahagikan untuk sumbangan. Saya dah siap agih-agihkan zakat untuk perkara itu,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai showcase amal itu, Siti berkata dia turut mengundang Datuk Awie untuk sama-sama menyerikan persembahan tersebut.
“Sejujurnya saya sebelum ini tidak pernah membuat persembahan eksklusif bersama Datuk Awie. Jadi ini yang pertama kali kami bergandingan bersama.
“Saya membesar mendengar lagu Wings dan saya memang suka nyanyi lagu mereka. Pada persembahan nanti saya akan menyanyikan empat buah lagu gabungan bersama,” katanya.
Siti akan mempersembahkan 20 buah lagu dalam showcase yang berlangsung selama dua jam itu.
Tiket dijual bermula pada harga RM188, RM288, RM588, RM788, RM988 dan RM1,188.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Media Hiburan
Leave a Reply