[Vide0] Pasangan Melayu Buat Wedding ‘Budaya Cina’, Siap Ada Tarian Singa Jadi Perhatian Ramai

Hari perkahwinan sudah tentu merupakan hari bahagia untuk kedua-dua pasangan suami isteri. Selain dapat menjalinkan hubungan yang sah, majlis keraian juga dilaksanakan sebagai tanda syukur. Tidak dinafikan, macam-macam impian pasangan pengantin semasa ingin membuat majlis sanding.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan pasangan Melayu membuat majlis sanding ala budaya Cina telah mencuri tumpuan.

Buat kenduri seperti budaya Cina, siap ada Tarian Singa

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang berarak masuk ke dalam dewan untuk majlis persandingan mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pasangan pengantin Melayu itu cuba mengadakan konsep persandingan ala budaya Cina. Mereka juga dilihat memakai baju tradisional Cina yang berwarna merah.

Sedang asyiknya mereka berarak ke atas pelamin juga disambut dengan Tarian Singa dan bunyi gendang. Konsep majlis persandingan mereka ternyata telah menarik perhatian ramai.

VIDEO;

“Only in Malaysia, multicultural!” – Net!zen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2K tontonan, 20 tanda suka, 50 komen dan 24 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut terpegun dan teruja.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; Facebook / https://says.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*