Satu Babyy Kembar Kecil

Penyanyi Ainan Tasneem memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu kini mengalami sedikit masalah apabila kedua-duanya tidak mempunyai saiz yang seimbang

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkata, doktor bimbang keadaan tersebut boleh mengakibatkan dirinya melahirkan bayi pramatang.

“Sekarang usia kandungan dah 31 minggu. Tadi, saya pergi buat pemeriksaan, doktor cakap salah satu bayi kembar tu kecil sikit.

“Sorang baru 1.1kg, sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersali1n awal tu yang doktor suruh cucuk dexa (dexamethasone),” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Menurut Ainan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos sunt1ikan berkenaan.

“Subhanallah saki1t yang amat ya kena cucvk dexa tu. Esok kena cucuk lagi untuk dos kedua

“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat bayi tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang saya kena bersali1n awal je,” katanya.

Pada masa sama, Ainan turut memohon doa orang ramai agar proses keham1ilannya kali ini dipermudahkan.

“Allah.. Ainan tak bersedia lagi. Tak boleh bayangkan bayi masuk NICU dan kena berpantang tanpa bayi di sisi.

“Sekarang nak terus positif je. Harapnya bayi membesar dengan baik dalam perut dan dapat bersali1n cukup bulan. Mohon sangat doa daripada kalian semua ya,” luahnya.

Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*