Sempat Singgah Rumah TokTi Sebelum Pulang Ke Australia, Azizulhasni Terkejvt Tengok Koleksi Basikal

Sebelum pulang ke pangkuan isteri dan anak-anak di Australia, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sempat berkunjung ke kediaman Dato’ Sri Khalid dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Kali terakhir bertemu di Melbourne

Alhamdulillah syukur, berkesempatan melawat Dato’ Sri Khalid dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk di kediaman mereka kebetulan saya berada di sekitar kawasan tersebut. Terima kasih kerana menjemput saya dan saya sangatlah berbesar hati kerana akhirnya dapat bertemu kembali selepas kali terakhir berjumpa di Melbourne dulu.

Memang tidak dinafikan, satu Malaysia memang sayangkan Dato CT termasuklah saya serta seluruh keluarga. Anak-anak saya Amna Maryam @amnamaryam dan Amna Khadeeja @amnakhadeeja_ suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid, jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara virtual.

Menurut Azizulhasni, kali terakhir mereka berjumpa di Melbourne suatu ketika dahulu. Tambah Azizul, Tokti seorang yang pandai memasak selain boleh bernyanyi. Pelbagai hidangan telah disediakan sendiri oleh TokTi semasa kunjungan tersebut.

Banyak hidangan yang disediakan sendiri oleh Dato CT dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaik, saya makan tu sampai menyanyi lagu Percayalah.

Mungkin ada yang tak tahu, Dato K dan Dato CT memang ‘die-hard fan’ sukan berbasikal. Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu. Tapi saya sangat terkasima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri tu, saya tengok satu persatu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)


Di samping itu, Azizul turut memberitahu bahawa pasangan suami isteri tersebut sangat meminati sukan berbasikal. Ujar Azizul, TokTi dan Dato K sememangnya aktif berkayuh dan telah menyertai banyak perlumbaan. Lebih mencvri tumpuan, pasangan ‘sweet’ tersebut turut mempunyai pelbagai koleksi basikal yang antik dan sukar untuk dapat pada masa ini.

Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah. Di doakan agar dimurahkan rezki dan dirahm4ti oleh Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya. Insyaallah kekgi kite gateh skali deh, kite pakak kabak Genting Perez.

Komen Netizen:

Di akhir perkongsian, Azizul berterima kasih kepada Dato K dan TokTi kerana menyokong perjalanan kariernya selama ini.

Sumber: Azizulhasni Awang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*